fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, mommy akan sedar apa tanda-tanda hidap diabetes dan langkah-langkah perlu diambil jika disahkan menghidap penyakit ini:

  • Ketahui punca.
  • Periksa gaya hidup sekarang sesuai dengan kesihatan atau tak.
  • Berjumpa doktor untuk nasihat mengenai keadaan kesihatan anda.
diabetes

Statistik diabetes rakyat negara ini semakin membimbangkan jika kita lihat statistik dari tahun 2019. Menurut National Health and Morbidity Survey 2019, iaitu 1 dari 5 orang dewasa menghidap diabetes. Ini bermaksud seramai 3.9 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit tidak berjangkit itu.

“Lebih membimbangkan, hampir separuh daripada responden ini tidak mengetahui bahawa mereka menghidap penyakit diabetes. Pesakit diabetes juga berisiko lebih tinggi mendapat komplikasi serius sekiranya dijangkiti Covid-19,” ujar Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Harian Metro.

Malah, ada juga yang tidak sedar mereka mempunyai diabetes dan peratus statistik bagi golongan ini semakin meningkat setiap tahun. Ianya agak bahaya jika dibiarkan terlalu lama tanpa rawatan kerana kesihatan anda boleh terjejas seperti penerangan di artikel kami sebelum ini.

Obesiti

Antara punca diabetes ialah masalah obesiti yang dihadapi kebanyakan penghidap penyakit berkenaan. Jika mommy mengalami masalah ini, jangan bertangguh untuk buat ujian saringan kesihatan secepatnya ya!

Punca obesiti

diabetes

Obesiti bermaksud pengumpulan lemak yang berlebihan pada badan dan menyebabkan mommy mengalami berat badan yang berlebihan. Menurut Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Tahun 2011 mendapati, sebanyak 33.3 peratus rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah berada dalam kategori pre-obes dan sebanyak 27.2% adalah obes.

Wanita yang mempunyai peratus lemak melebihi 35 peratus boleh dikategorikan sebagai obes. Obesiti boleh diklasifikasi mengikut berat badan seseorang berdasarkan Indeks Jisim Tubuh(BMI) mengikut kiraan yang tertentu.

Ada beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah obesiti iaitu:

  • Umur
  • Jantina
  • Pengambilan ubat mengandungi steroid
  • Makan secara berlebihan
  • Tekanan perasaan
  • Gaya hidup tidak sihat

Umur

diabetes

Semakin meningkat usia, semakin mudah tubuh badan kita dijangkiti penyakit. Metabolisme badan juga semakin menurun apabila kita semakin berusia. Disebabkan itu, golongan berusia lebih ramai mengalami masalah obesiti berbanding golongan muda jika tidak menjaga kesihatan dengan serius.

Jantina

Menurut laman sosial Twitter @KKMPutrajaya, golongan wanita lebih cenderung mengalami masalah kegemukan dan obes kerana kurang aktif berbanding lelaki. Kajian mendapati wanita lebih ramai mengalami masalah berat badan berlebihan dan obes. Wanita juga lebih ramai mengalami masalah obesiti abdomen atau buncit, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengambilan ubat mengandungi steroid

Ada di antara kita terpaksa mengambil ubat-ubatan mengandungi steroid atas nasihat doktor dalam kes-kes tertentu. Antara kesan pengambilan ubat steroid adalah berat badan naik. Menurut MyHealth, pengguna steroid akan mengalami peningkatan berat badan mendadak dalam jangka masa pendek. Bahagian muka akan menjadi sembab atau lebih dikenali dengan istilah “moon face”.

Makan secara berlebihan

diabetes

Wanita dan makanan sememangnya amat sinonim kerana kebanyakan wanita suka makan apabila gembira, marah, sedih, stres dan sebagainya. Namun, apabila kita tidak dapat mengawal nafsu makan, kita cenderung makan secara berlebihan akibat sudah terbiasa makan dalam kuantiti yang banyak serta suka makan makanan tidak sihat contohnya makanan berminyak, tinggi lemak dan tinggi gula serta garam.

Tekanan perasaan

diabetes

Pernahkah mommy dengar istilah “emotional-eating”? Maksudnya adalah apabila seseorang menggunakan makanan sebagai salah satu cara untuk menangani situasi yang sangat tertekan atau sedang mengalami tekanan perasaan, menurut medicalnewstoday.

Mesti mommy pernah makan makanan atau minuman manis semasa sedang stres kan? Penulis pun tak terkecuali tapi jangan buat selalu tau. Bila dah selalu makan makanan manis, kita mesti ada keinginan nak makan lagi dan akan cuba guna alasan ‘stres’ untuk makan.

Memang makanan jenis ini boleh buat kita gembira bila sedang tertekan, namun mommy kena cuba amalkan gaya hidup sihat supaya dapat ‘cheat day’ dan nikmati makanan manis sekali sekala.

Gaya hidup tidak sihat

Seterusnya, gaya hidup tidak sihat juga menjadi faktor menyumbang kepada masalah obesiti. Mungkin kita rasa badan kita sihat kerana luaran nampak sihat, tetapi kita tak tahu apa yang berlaku dalam tubuh badan kita.

Bila kurang bersenam, makan secara sihat, rutin tidur tak jaga, nanti badan jadi cepat lesu dan kurang bermaya. Malah, ia akan mengundang pelbagai penyakit serius seperti diabetes jika mommy tidak ambil serius mengenai gaya hidup mommy.

Jenis-jenis diabetes

Diabetes mempunyai 2 jenis. Kedua-dua jenis ini amat berbeza dan cara merawatnya juga berbeza mengikut keadaan pesakit.

  • Jenis 1 – Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus (bergantung pada Insulin)
  • Jenis 2 – Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus (tidak bergantung pada insulin)

Mommy boleh klik sini untuk baca maklumat lanjut mengenai kedua-dua jenis diabetes ini.

Langkah-langkah untuk ketahui mommy ada diabetes atau tidak

Langkah 1 – Ujian saringan kesihatan

Tak semua orang tahu perlu jalani ujian saringan kesihatan untuk ketahui jika menghidap diabetes atau tidak. Jika mommy sedang baca artikel ini dan tak pernah buat ujian ini, mommy boleh buat temujanji di klinik swasta atau jika mommy penduduk negeri Selangor, mommy boleh buat ujian saringan secara percuma iaitu Selangor Saring. Hanya perlu daftar di aplikasi Selangkah sahaja.

Langkah 2 – Tunggu keputusan keluar

Selepas buat ujian saringan, mommy perlu menunggu sehingga keputusan mengenai ujian saringan kesihatan keluar. Semoga keputusan yang baik-baik saja untuk mommy.

Langkah 3 – Tips mengatasi / mengawal diabetes

diabetes

Selepas mendapat keputusan ujian saringan, mommy boleh jumpa doktor dan minta nasihat jika keputusan ujian mendapati mommy menghidap diabetes. Jika perlu makan ubat, tanya doktor mengenai maklumat preskripsi ubat dan apa jenis ubat yang diberi.

Selain itu, mommy perlu amalkan gaya hidup sihat supaya dapat mengawal diabetes dan mencegah daripada ia jadi lebih serius. Kawal portion makanan supaya tak terlebih makan selain banyakkan minum air kosong.

Jangan lupa, sentiasalah pergi temujanji klinik atau hospital untuk dapatkan nasihat doktor mengenai keadaan semasa mommy bila disahkan menghidap diabetes. Jika ada mesin periksa paras gula dalam darah, mommy boleh monitor di rumah dari semasa ke semasa bagi memastikan kandungan gula dalam darah sentiasa terkawal.

Langkah 4 – Buat ujian saringan kesihatan selepas 6 bulan

Jika mommy ingin tahu tahap gula dalam darah terkini, mommy boleh berjumpa doktor selepas 6 bulan buat ujian saringan kesihatan. Mungkin kesihatan telah bertambah baik sejak mommy ubah gaya hidup. Bagus jika buat ujian kesihatan secara berkala supaya mommy dapat tahu tahap kesihatan terkini tanpa was-was serta mudah untuk pantau jika mommy tiba-tiba sakit.

Langkah 5 – Ulang langkah 3 jika keputusan tidak memuaskan

Jika keputusan ujian saringan kesihatan masih tidak memuaskan, ulang langkah 3 di atas supaya mommy dapat mengawal penyakit diabetes ini daripada menjadi semakin tidak terkawal. Memang agak sukar untuk sesuaikan diri dengan gaya hidup baru dan sihat, tetapi percayalah, ia yang terbaik untuk kesihatan mommy.

Jika mommy sudah menghampiri usia 30-an atau berusia 30-an ke atas, inilah masanya untuk ubah gaya hidup yang lebih sihat supaya mommy dapat mengelak daripada terkena penyakit-penyakit berbahaya seperti sakit jantung, kencing manis dan banyak lagi. Usaha harini pasti akan membuahkan hasil satu hari nanti. Fighting!

Suka artikel ini? Baca Penting! Ini cara periksa tahap kesihatan setiap tahun anda patut buat dan Mommy perlu tahu: Apa punca dan cara atasi diabetes mellitus?.

Author

Comments are closed.