fbpx
Banner

“Ah, tak lama lagi nak dapat “baby”, budget mesti lari kalau tak berhati-hati”

Frasa ini mungkin sering berulang di dalam pemikiran bakal ibubapa, ibubapa muda atau keluarga yang tinggal di kawasan bandar dengan kos kehidupan yang tinggi. Di dalam era kehidupan serba lengkap ini, ada ibubapa yang sanggup berbelanja ribuan ringgit demi keperluan anak tersayang.

Namun, untuk para ibubapa yang mahu lebih bijak dalam mengurus hal kewangan keluarga, ada cara-cara untuk berjimat cermat dan tidak keterlaluan dalam berbelanja, terutamanya untuk ibubapa kali pertama.

Secara ringkasan:

  1. Jangan beli terlalu awal dan terlalu banyak
  2. Jangan lupa, bayi anda cepat membesar
  3. Utamakan yang penting
  4. Pembelian pukal dan diskaun
  5. Barangan pelbagai guna = jimat
  6. Bagaimana jika anda perlu beli baru?
  7. Pilih warna uniseks
  8. Lupakan kedai barangan mewah
  9. Sertai komuniti sokongan ibubapa

Jangan beli terlalu awal dan terlalu banyak

Lumrah ibubapa baru akan berbelanja terlampau banyak kerana teruja dengan kehadiran anak pertama. Tentunya anda mahu setiap keperluan lengkap untuknya, tetapi adalah sangat penting untuk berhati-hati dengan perbelanjaan supaya bajet tidak lari. Pakaian bayi dan keperluan menyusu seperti botol susu tidak perlu dibeli terlalu banyak, dan sesetengah jenama premium tidak semestinya berkesan untuk bayi anda.

Sebagai contoh, bayi mungkin mempunyai pilihan puting susu sendiri apabila sudah mencuba, jadi beli satu jenis botol dan puting dahulu untuk dicuba. Ada bayi yang cukup gembira dengan jenama botol dan puting yang lebih mampu-milik berbanding jenama premium.

Cara berjimat cermat untuk ibubapa baru

Jangan lupa, bayi anda cepat membesar

Tahukah anda bahawa bayi baru lahir membesar dengan cepat dalam masa hanya beberapa minggu? Jadi, tak semestinya anda perlukan 20 pasang sarung tangan dan topi pelbagai warna untuknya. Anda juga tidak memerlukan jaket berlainan jenis dan gaya, atau kasut untuk bayi yang belum lagi pandai berjalan.

Tambahan lagi, kajian saintifik ada mengatakan bahawa bayi lebih cepat belajar menapak apabila mereka hanya berkaki ayam di dalam rumah.

Utamakan yang penting

Dari saat pertama mengetahui mengenai ketibaan bayi, ibubapa baru akan mula menyenaraikan keperluan yang perlu dibeli. Biasanya, bayi baru lahir hanya memerlukan beberapa barang penting seperti lampin, baju tidur lengan panjang, selimut, stokin, sarung tangan, topi, keperluan mandi dan tempat duduk bayi dalam kereta (car seat).

Sebelum itu jangan lupa:

Pembelian pukal dan diskaun

Untuk keperluan jangka panjang seperti lampin pakai buang atau pampers, tisu basah dan barangan mandian, ia lebih ekonomi untuk membeli secara pukal atau diskaun.

manja nappies

Untuk pengetahuan anda, Nappies by The Manja Company adalah satu produk lampin pakai buang tempatan daripada The Manja Company. Ia setanding dengan jenama pampers antarabangsa di pasaran kerana mereka menawarkan produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang menjimatkan.

Manja nappies menawarkan tekstur lampin yang lembut, penyerapan yang baik, bahan berkualiti tinggi serta keselesaan buat si manja anda. Hanya RM22 sahaja untuk satu pek! Anda boleh dapat diskaun 22 peratus jika beli daripada laman web The Manja Company.

Barangan pelbagai guna = jimat

Cuba cari barangan yang mempunyai fungsi serbaguna. Contohnya, “stroller” yang boleh dibaringkan untuk bayi, atau yang mempunyai “travel system” yang diintegrasikan dengan “car seat”.

Ada juga “stroller” yang mempunyai ruang lebih besar untuk memuatkan lebih dari seorang anak. Beli beg yang boleh berfungsi sebagai beg keperluan anak (beg lampin) supaya anda tidak perlu membawa banyak bag ketika keluar bersama-sama.

Gunakan perabot seperti kot bayi yang boleh ditukar menjadi “playpen” apabila mereka membesar, atau kotak mainan yang boleh digunakan sebagai meja kecil untuk anak.

Guna barangan terpakai, beli di “carboot sale” atau tukar secara barter

Barangan terpakai tidak semestinya buruk dan tidak berkualiti. Saya suka melihat barangan terpakai atau melawati “carboot sale” berdekatan dengan saya. Sebenarnya, ada banyak barangan yang masih elok dan baru yang boleh dibeli dengan harga yang lebih murah.

Cuba pinjam atau tukar secara barter dengan kawan-kawan atau keluarga. Idea ini sangat berguna apabila ia melibatkan barangan yang digunakan hanya sekali seperti baju parti atau kostum.

Kadangkala, barangan keperluan seperti pam susu juga boleh disewa dari pihak hospital. Ia satu alternatif yang boleh digunakan terutamanya apabila anda tidak merancang untuk menyusu badan dalam jangka masa yang lama.

manja nappies

Mahu jimat tetapi tak tahu nak pilih pampers apa yang berbaloi? Mommy daddy boleh cuba Manja nappies untuk si kecil yang bakal lahir tidak lama lagi.

Manja nappies mempunyai empat saiz pilihan iaitu Small (S), Medium (M), Large (L) dan X-tra Large (XL). Amat menjimatkan kerana mommy akan dapat 64 keping nappies jika beli saiz S pada harga RM22. Murah kan??? 

Bayi baru lahir memerlukan lampin pakai buang atau pampers lebih banyak kerana mereka kerap membuang air besar berbanding bayi usia lain. Jadi, mommy daddy perlukan pampers dalam kuantiti yang banyak dan berkualiti. Mommy daddy boleh beli Manja nappies di aplikasi Shopee untuk penghantaran seluruh Malaysia.

Kalau perlu beli baru…

Pilih dan buat perbandingan dahulu sebelum membeli, terutamanya untuk barangan mahal seperti “car seat”, “stroller”, pam susu, tilam dan katil bayi. Baca ulasan dan forum di Internet untuk mendapatkan lebih banyak informasi mengenai barangan pilihan supaya anda tahu ia menepati citarasa dan keperluan anda.

Pilih warna uniseks

Membeli barangan dengan warna uniseks adalah lebih bijak supaya anda boleh menggunakannya semula untuk bayi seterusnya. Walaupun anda mungkin belum mempunyai sebarang perancangan, ia tetap lebih mudah untuk diberi atau dijual kepada orang lain apabila tiba masanya nanti. Barangan seperti penggalas bayi (baby carrier), “car seat”, “stroller”, kerusi bayi dan pakaian seperti jaket, topi dan stokin boleh dibeli di dalam warna uniseks.

Lupakan kedai barangan mewah

Barangan bayi berjenama mewah memang mempunyai tarikannya yang sendiri, tetapi ingat bahawa anda boleh berjimat dengan lebih banyak tanpa membelinya. Anak anda yang berumur 2 tahun tidak perlukan gaun berharga RM250. Cukuplah dengan pakaian yang selesa, selamat dan membolehkan dia bermain dengan gembira.

Sertai komuniti sokongan ibubapa

Sertai komuniti sokongan ibubapa atas talian supaya anda dapat membina jaringan informasi mengenai tip pembelian, pembelian secara berkumpulan atau tips berjimat yang lain. Ada banyak yang boleh dipelajari sesama sendiri.

Ada masanya anda perlukan kekuatan untuk menahan dari membeli sesuatu yang mahal. Cuba bertenang dan ambil masa untuk menilai sama ada anda benar-benar memerlukannya, atau mungkin ada alternatif yang lebih mampu-milik.

Jadilah ibubapa yang berjimat-cermat tanpa berkompromi tentang keselamatan atau keselesaan anak-anak. Wang yang digunakan untuk membeli pengalaman berharga dengan anak-anak, seperti berlibur atau belajar adalah lebih berharga dan berbaloi.


Artikel ini pertama kali diterbitkan di www.makchic.com dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Ditulis oleh: Dessy Barnaby

Dessy meninggalkan kerjaya sepenuh masa sebagai Pengurus PR dan Media untuk menyempurnakan kemahiran berunding dengan dua orang cahaya mata kesayangannya. Beliau telah menemui ketenangan dengan menulis dan kini bergelar penulis bebas.

Terjemahan oleh : Ayuni A.


Baca artikel seperti ini, seperti pembelian insurans untuk baby anda dan tips untuk membeli pampers dengan murah!

Author

Comments are closed.