fbpx
Banner
Tag

trimesterkeempat

Browsing

Bayi high demand ialah bayi yang kerap menangis pada setiap masa walaupun keperluannya sudah dipenuhi.

Tahukah mommy, menurut pakar, bayi ada jenis-jenisnya tersendiri iaitu mudah (easy going), memerlukan perhatian tinggi (high demand) serta sawan tangis (colic). Bukan mudah menguruskan bayi jenis high demand dan colic kerana mereka susah untuk ditenangkan walaupun pelbagai cara telah dibuat.

bayi high demand
Menangis tanpa henti walaupun sudah dipujuk.

Difahamkan, bayi jenis ini adalah bayi yang sukar untuk sesuaikan diri dengan alam dunia dari alam rahim. Semuanya rasa begitu asing dengan diri mereka kerana sudah terbiasa duduk dalam rahim mommy selama sembilan bulan, dengar degupan jantung mommy dan suara mommy. Bak kata Baby Language, ia berlaku akibat lemah adaptasi peralihan alam rahim kepada alam dunia yang drastik.

Oleh itu, penulis berasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman menempuh trimester keempat bersama anak sulung penulis yang juga seorang bayi high demand.

Sebelum menulis artikel kali ini, saya ada bercerita kepada beberapa teman tentang tajuk artikel yang bakal ditulis.

Acap kali, teman saya pasti bertanya, bukankah hanya ada 3 trimester kehamilan? Justeru secara ringkas saya menjawab, trimester keempat adalah fasa bayi lahir hingga bayi berumur tiga bulan.

Saat inilah bayi mengalami perkembangan penting dan perlu banyak bantuan dari ibu. Dan bagi si ibu, inilah momen breakthrough di mana dia perlu beradaptasi dengan pelbagai cabaran fizikal dan mental.