fbpx
Banner
Tag

teething

Browsing

Puas cuba pelbagai resepi tapi anak tetap tak mahu makan? Rupanya anak sedang mengalami fasa pertumbuhan gigi atau teething sehingga membuatkan mereka hilang selera makan. Bayangkan jika kita sedang mengalami sakit gigi, memang takde mood nak makan langsung.

teething

Untuk pengetahuan mommy, bila anak sedang melalui fasa teething, mereka lebih menggemari makanan yang lebih keras malah ada juga yang sukakan makanan sejuk dan lembut. Mungkin gusi mereka lebih sensitif dan sakit, jadi mereka lagi suka makanan yang boleh legakan sakit gusi.

Oleh itu, penulis sediakan enam jenis resepi mudah buat si manja mommy yang sedang dalam fasa pertumbuhan gigi. Resepi di bawah ini sesuai untuk bayi berusia lapan bulan ke atas.

1. Jagung Kukus

teething

Bahan:

  • 1 tongkol jagung

Cara-cara:

  1. Potong jagung kepada tiga bahagian.
  2. Panaskan tempat pengukus.
  3. Kukus jagung sehingga lembut.
  4. Selepas siap dikukus, mommy simpan dalam bekas makanan bertutup di dalam peti sejuk.
  5. Sedia dihidang sejuk.

2. Jejari Kentang

teething

Bahan-bahan:

  • 3-4 biji kentang
  • Sedikit isi ayam
  • Sedikit sayur
  • 2 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  1. Rebus kentang sehingga empuk atau lembut.
  2. Lenyekkan kentang sehingga sekata.
  3. Rebus isi ayam dan sayur sehingga masak.
  4. Toskan dan kisar isi ayam dan sayur sampai halus.
  5. Campurkan kentang dan isi ayam serta sayur. Gaul hingga sebati.
  6. Kemudian, masukkan tepung jagung dan sambung gaul.
  7. Bentukkan seperti jejari.
  8. Sejukkan di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.
  9. Jika anak mahu makan, mommy hanya perlu goreng sehingga keemasan.

3. Bubur Sumsum

teething

Bahan-bahan:

  • Buah (lembut seperti buah naga, mangga, oren)
  • 200ml susu penuh krim (susu kotak)
  • 200ml air masak
  • 4 sudu besar tepung beras

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan di atas kecuali buah dalam satu periuk. Kacau sebati guna sudu.
  2. Masak sehingga pekat likat.
  3. Kemudian, kisar buah sehingga halus.
  4. Potong sedikit buah untuk diletakkan sebagai topping.
  5. Sejukkan semua bahan sebelum dihidang.

*Penulis suka sejukkan dulu baru bagi anak makan.

4. Aiskrim Buah-buahan

teething

Bahan-bahan:

  • 1 cawan buah (lembut seperti buah naga, mangga atau betik)
  • Sedikit susu penuh krim (kotak)

Cara-cara:

  1. Kisar buah bersama susu penuh krim sehingga pekat dan tidak berketul.
  2. Tuang ke dalam acuan aiskrim.
  3. Sejukkan di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.
  4. Boleh dimakan bila-bila masa.

5. Garlic Bread

teething

Bahan-bahan:

  • 2-3 keping roti
  • Sedikit unsalted butter
  • 1-2 ulas bawang putih
  • Sedikit daun parsley

Cara-cara:

  1. Cairkan unsalted butter. Masukkan bawang putih dan daun parsley.
  2. Sapu pada roti yang telah dipotong kecil seperti jejari.
  3. Bakar roti.
  4. Sedia untuk dimakan!

6. Bayam Tempura

teething

Bahan-bahan:

  • Sedikit sayur bayam ( ambil daun sahaja)
  • 5 sudu besar tepung beras
  • Sedikit air

Cara-cara:

  1. Masukkan sedikit air ke dalam mangkuk berisi tepung beras. Pastikan acuan tidak terlalu pekat atau cair.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Celup bayam dan goreng di dalam minyak yang panas.
  4. Goreng bayam satu persatu untuk mengelakkan ia daripada melekat.
  5. Selamat mencuba!
teething

Selain itu, mommy boleh cuba macam-macam resepi untuk anak dalam fasa teething di akaun Facebook Happy Baby Food Malaysia (HBFM). Mesti mommy lebih semangat cuba resepi baru untuk si manja tersayang!

Suka artikel ini? Baca 5 Tips Siapkan Bekal Makanan Anak Ke Sekolah dan 5 tips quality time dengan anak untuk ibu berkerjaya.