fbpx
Banner
Tag

suri rumah

Browsing

Seramai 2.99 juta suri rumah yang ada di Malaysia, terdapat 150,000 tinggal di bawah garis kemiskinan. Statistik ini menunjukkan pelan bantuan harus dilaksanakan bagi meringankan beban golongan suri rumah terutama dalam keadaan pandemik ini.

Menurut keputusan kabinet pada 14 Julai, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), pada tahun depan. Bekas menteri sumber manusia, Datuk Seri M. Saravanan, mengumumkan skim itu sebelum pengunduran kabinet, minggu lepas. Skim ini akan memberi perlindungan terhadap insiden domestik seperti kemalangan, penyakit dan kematian.

suri rumah

“Seramai 150,000 suri rumah dari isi rumah miskin dan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) akan dilindungi oleh kerajaan, manakala bagi suri rumah yang lain, penyertaan adalah secara sukarela,” ujarnya di Harian Metro.

suri rumah
Suri rumah bukan sahaja melakukan kerja-kerja rumah, malah mereka juga membantu anak belajar di rumah.

“Apatah lagi dengan pandemik Covid19 yang membuatkan peranan dan tanggungjawab suri rumah menjadi semakin mencabar dengan amalan norma baharu seperti bekerja dari rumah dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di rumah (PdPR),” sambungnya.

Walau bagaimanapun, Pegawai advokasi Pertubuhan Bantuan Wanita, Kiran Kaur, memberitahu bahawa SKSSR itu adalah “langkah penting”, tetapi harus diperluaskan kerana ramai wanita telah dilanda krisis Covid19, lapor The Vibes.

“Ibu tunggal dan wanita yang bekerja di sektor tidak rasmi di mana mereka tidak mempunyai akses kepada faedah keselamatan sosial mesti diambil kira”, katanya.

“Sebelum wabak itu, wanita melakukan tiga kali lebih banyak pekerjaan berbanding lelaki. Namun, ini hanya meningkat sejak pandemik bermula, ” tambahnya.

Kajian Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa menunjukkan jumlah wanita yang bekerja pada suku kedua tahun lalu di negara ini menurun sebanyak 2.5 peratus, sementara jumlah lelaki yang bekerja dalam tempoh yang sama hanya turun 0.5 peratus. Ini bermakna, ramai wanita kehilangan punca pendapatan berbanding golongan lelaki. Ia amat memberi kesan terutama kepada ibu tunggal yang mempunyai tanggungjawab besar terhadap anak-anak.

suri rumah

Sementara itu, walaupun suri rumah tidak dikategorikan sebagai pekerja, tetapi mereka juga masih terdedah kepada risiko kemalangan contohnya semasa memasak di rumah, menjaga anak-anak atau melakukan kerja-kerja rumah.

SKSSR ini merupakan satu inisiatif yang bagus oleh pihak kerajaan kerana menghargai golongan suri rumah yang melakukan kerja-kerja rumah tanpa gaji sebenarnya mempunyai nilai ekonomi.

Menurut Kiran, dia berharap pihak berkuasa boleh menggunakan kaedah pendaftaran yang dapat diakses oleh golongan yang disasarkan, dan tidak hanya secara dalam talian(online) semata-mata. Ini kerana tidak semua orang memiliki akses internet yang sama. Ada yang tidak memiliki telefon pintar dan hanya bergantung kepada saluran lain seperti televisyen dan radio.

Suka artikel ini? Baca Lahir Tanpa Rahim: MRKH Wujud Di Malaysia dan 5 Langkah Persediaan Kewangan untuk Masa Depan Anak Anda.