fbpx
Banner
Tag

persiapandiri

Browsing

Ibu hamil adalah golongan yang kuat kerana mampu menahan sakit kontraksi selain menahan sakit untuk bersalin.

Jika anda sedang menunggu masa untuk bersalin tidak lama lagi, anda pasti mahu tahu apakah persiapan diri yang perlu dilakukan sebelum masuk dewan bersalin.

Tidak banyak yang perlu anda lakukan untuk persiapkan diri sebelum bersalin, tetapi lima tips ini amat membantu bagi melancarkan proses bersalin terutama jika anda tiada pengalaman sebelum ini.

1. Potong kuku

Walaupun ia kedengaran agak remeh, namun penting untuk mommy-to-be potong kuku sebelum pergi ke hospital. Ia bagi mengurangkan kesakitan suami anda atau sesiapapun yang menemani apabila anda mencengkam tangan mereka semasa sedang meneran.

Ibu hamil harus makan walaupun tiada selera makan.
Ibu hamil wajib makan walaupun tiada selera.

2. Makan

Sebelum sakit kontraksi semakin kuat, seeloknya anda makan sehingga kenyang atau sekadar alas perut untuk memberi tenaga untuk meneran tidak lama lagi. Kita tidak tahu berapa lama sakit kontraksi berlaku sehingga bukaan penuh terjadi.

Ingat! Makan atau minum minuman memberi tenaga seperti Milo atau nestum walaupun anda tiada selera.

3. Mandi

Ada sesetengah ibu hamil suka mandi bersih-bersih dan bersiap sebelum dibawa turun ke dewan bersalin kerana mahu berasa segar sebelum bersalin. Kadangkala menunggu untuk “fully dilated” mengambil masa agak lama jadi anda pasti mahu berasa bersih dan segar setiap masa, kan?

4. Buang air besar/kecil

Sebelum dibawa turun, jururawat akan memberi anda ubat untuk membuang air besar. “Buang” segala apa yang patut agar anda tidak membuang air besar di atas katil semasa proses bersalin.

Menurut pengalaman penulis, ubat yang diberi tidak mengambil masa yang lama untuk bertindakbalas, hanya beberapa saat sahaja terus berkesan.

Bercukur sebelum masuk dewan bersalin.
Bercukur sebelum masuk dewan bersalin

5. Cukur

Ramai tidak tahu bahawa mencukur bulu di bahagian kemaluan adalah perkara paling penting yang perlu dilakukan. Ia bagi memudahkan para doktor dan jururawat membantu anda ketika bersalin nanti. Malah, proses jahitan luka juga lebih lancar jika anda bercukur terlebih dahulu.

Jika tidak larat, anda boleh meminta tolong daripada suami atau berjumpa terapi kecantikan untuk waxing berdekatan anda.