fbpx
Banner
Tag

ibu hamil

Browsing

Bukan taknak ganti puasa, tapi kadang lupa atau susah tahan lapar bila menyusu anak. Kena cuba ganti puasa sikit-sikit dulu.

Bagi ibu hamil dan ibu menyusu, puasa di bulan Ramadan amat mencabar dan dalam Islam, ibu hamil diberi kelonggaran untuk berpuasa jika risaukan kesihatan diri serta bayi dalam kandungan, menurut Mufti Wilayah Persekutuan.

Selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri berakhir, sesetengah mommies pasti berasa susah hati memikirkan sudah berapa hari tinggal puasa dan perlu gantikannya. Tapi, cara apa paling mudah dan berkesan? Jika mahu ganti puasa, mestilah kita mahu berpuasa tanpa kesusahan kerana perlu jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.

Bagi yang hamil, selepas mommy melahirkan pasti akan terfikir bila waktu sesuai nak ganti puasa. Jika badan mommy sudah pulih sepenuhnya dari bersalin dan tenaga sudah kembali seperti biasa, mommy boleh cuba puasa. Sehari dulu pun takpe asalkan ada usaha. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Sembelit semasa hamil bukanlah satu masalah yang baru bagi ibu hamil. Lazimnya, ibu hamil akan mengalami sembelit atas beberapa faktor. Ada kes yang tidak terlalu serius tetapi ada juga mengalami sembelit yang serius hingga menyebabkan buasir.

Sembelit adalah satu masalah kesihatan di mana wanita sukar untuk membuang air besar semasa hamil terutama trimester akhir kehamilan. Pernahkah anda terfikir, apakah punca menyebabkan ibu hamil sembelit?

Berikut merupakan faktor-faktor ibu hamil sering sembelit:

  • Perubahan hormon 
  • Tekanan rahim
  • Pengambilan suplemen tinggi zat besi

1. Perubahan hormon

ibu hamil

Wanita mengalami perubahan hormon semasa hamil. Tubuh wanita hamil menghasilkan hormon progesterone lebih tinggi sekaligus menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Apabila usus memproses makanan lebih perlahan dari biasa, ia akan menyebabkan najis lebih keras serta lebih sukar untuk membuang air besar.

Kadangkala, sembelit menyebabkan buasir jika ia berlarutan. Oleh itu, ibu hamil disarankan untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

2. Tekanan rahim

ibu hamil

Apabila bayi semakin membesar, rahim juga ikut membesar seiring dengan perkembangan bayi. Saiz rahim mempengaruhi tekanan yang berlaku di bahagian usus.

Menurut Doktor Zubaidi, rahim yang semakin membesar akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar.

3. Pengambilan suplemen tinggi zat besi

ibu hamil

Biasanya ibu hamil akan dibekalkan ubat yang mengandungi zat besi sebagai suplemen tambahan terutama di trimester ketiga. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit kerana kandungan zat besi yang tinggi dalam pil tersebut.

Ibu hamil sering mengalami sembelit semasa pengambilan pil zat besi jika tidak menjaga pemakanan seperti kurang minum air kosong. Najis juga akan bertukar warna gelap kerana pil zat besi. Mommy jangan terkejut ya bila melihat najis bertukar warna hitam.

Don’t worry, situasi ini akan berubah menjadi normal selepas anda melahirkan anak. Malah, sembelit semasa hamil tidak berbahaya kepada ibu dan bayi dikandung.

Banyakkan minum air kosong

ibu hamil

Ada beberapa cara untuk anda atasi masalah sembelit ketika hamil iaitu:

  • Banyakkan minum air kosong
  • Makan buah-buahan
  • Makan sayur-sayuran
  • Makan makanan berserat tinggi

Walaupun masalah sembelit bukanlah satu masalah yang besar, anda digalakkan berbuat sesuatu supaya ia tidak mengakibatkan buasir. Jika anda terkena buasir, lagi sukar untuk anda membuang air besar. Masalah buasir boleh berlaku sehingga selepas bersalin jika tidak diatasi segera.

Suka artikel ini? Baca 8 Mitos Popular Kehamilan dan Kisahku: Disahkan Positif Covid19 Semasa Hamil.

Dalam zaman pandemik Covid19 ini, golongan berisiko tinggi seperti ibu hamil dan ibu menyusu amat memerlukan vaksin Covid19 bagi melindungi diri mereka daripada dijangkiti wabak berbahaya itu.

covid19

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menjelaskan hanya vaksin Pfizer-BioNTech bersesuaian untuk golongan di atas.

“Berdasarkan cadangan yang dibuat oleh pakar, untuk ibu hamil dan menyusu, mereka hanya perlu mengambil vaksin Pfizer,” ujarnya.

covid19

Bagi ibu hamil, mereka dinasihati untuk mengambil vaksin ketika kehamilan berusia di antara minggu ke-14 hingga minggu ke-33. Mereka disarankan untuk menunggu hingga selepas bersalin jika melebihi tempoh tersebut.

Tambahnya, pihaknya telah meminta Pasukan Petugas Imunisasi Covid19 untuk berkoordinasi dengan hospital dan klinik bersalin supaya ibu hamil dan ibu menyusu diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin Pfizer.

Selain itu, ada berita baik untuk anda yang bercadang atau sudah mendapat suntikan vaksinasi. Anda boleh menebus buku percuma di Kedai Fixi dengan menyertai kempen mereka, #CucukBersamaFixi. Menarik kan! Jangan lupa daftar program vaksinasi di aplikasi MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid19 percuma 🙂

Sumber: Malaysiakini , Kedai Fixi

Berminat dengan artikel seperti ini? Baca Kisahku: Disahkan Positif Covid19 Semasa Hamil dan 6 Cabaran Menyusu Bayi Harus Ditempuhi Jika Anda Mahu ‘Breastfeed’ Si Manja