fbpx
Banner
Tag

gajet

Browsing

Anak-anak yang membesar di zaman teknologi sememangnya tidak dapat lari daripada penggunaan gajet seperti komputer, tablet dan telefon pintar.

Penggunaan yang melampaui batas dan tidak terkawal tentunya mengundang kesan yang negatif dari segi perkembangan sosial dan fizikal. Namun begitu, penggunaan gajet dan teknologi untuk pembelajaran telah terbukti sebagai alat bantu belajar yang berkesan jika digunakan dalam suasana yang kondusif dan terancang.

gajet

Ibubapa perlu bijak dalam memantau penggunaan gajet dan teknologi untuk anak-anak belajar, terutamanya ketika berada di rumah dan waktu ulangkaji.

Berikut adalah beberapa tips dalam menggalakkan penggunaan gajet yang lebih positif untuk anak belajar:

1. Tetapkan masa belajar menggunakan gajet

Dengan adanya gajet dan teknologi, waktu belajar tidak semestinya sentiasa melibatkan buku dan pensel. Libatkan diri di dalam perancangan waktu belajar anak-anak di rumah dan cuba tetapkan masa tertentu untuk anak menggunakan gajet sebagai alat pembelajaran.

Contohnya, satu jam, 3-4 kali seminggu. Anak-anak tentu akan lebih seronok apabila dapat menggunakan aplikasi atau Internet dan ia dapat membantu mereka belajar dengan lebih efisien.

Antara kebaikan tetapkan masa tertentu menggunakan gajet ialah dapat mengelakkan masalah penglihatan. Ini kerana mata anak akan bermasalah jika melihat skrin gajet terlalu lama pada satu-satu masa.

Ibu bapa juga boleh menggunakan jadual online untuk membantu anak merancang masa belajar seperti Google Calendar.

2. Pilih aplikasi dan platform pembelajaran digital yang bersesuaian

Terdapat banyak pilihan aplikasi dan platform pembelajaran digital di luar sana. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Dalam memilih aplikasi atau platform pembelajaran, pastikan ia boleh dipercayai.

Baca ulasan daripada pengguna-pengguna sebelumnya dan kenalpasti ciri-cirinya supaya ia sesuai dengan umur dan keperluan pembelajaran anak.

3. Duduk bersama anak ketika belajar

Ibubapa digalakkan duduk bersama anak ketika mereka belajar, terutamanya jika anak berumur lingkungan 5-12 tahun. Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengenali stail pembelajaran anak dengan lebih dekat, kerana tidak semua kanak-kanak mempunyai stail yang sama.

Sebagai contoh, ada yang yang memerlukan bantuan visual untuk memahami konsep, dan ada yang gemarkan logik dan eksperimen. Ia membantu ibu bapa memilih aplikasi, video pembelajaran, dan pengalaman pembelajaran digital yang paling sesuai untuk mereka.

Secara tidak langsung, ia juga membolehkan ibubapa memantau perkembangan anak dan paling penting meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama mereka.

4. Cabar diri melalui permainan, kuiz dan kertas peperiksaan terdahulu

Selain menonton tutorial dan melakukan latih tubi, pembelajaran menggunakan gajet dan teknologi juga memberikan peluang untuk anak mencabar diri mereka melalui permainan, kuiz dan kertas peperiksaan yang terdahulu.

Paling menyeronokkan apabila ia boleh dilakukan bersama kawan, dan mendapat ganjaran seperti lencana yang boleh dikumpul di dalam akaun masing-masing.

5. Belajar bersama kawan-kawan secara atas talian

Penggunaan gajet dan teknologi Internet juga bermakna anak boleh belajar secara berkumpulan secara atas talian.

Untuk anak-anak yang lebih muda, ia peluang untuk mereka belajar bersama-sama kawan atau menyiapkan kerja rumah bersama-sama tanpa perlu merisaukan ibu bapa kerana mereka tidak perlu keluar dari rumah.

Untuk anak-anak remaja, ia memudahkan mereka melakukan kertas kerja berkumpulan atau bersama-sama melakukan penyelidikan atas talian.

Sukar artikel ini? Baca 7 idea bebas-gajet untuk melayan anak di restoran dan Pembelajaran Atas Talian, Berkesan Atau Tidak?