fbpx
Banner
Tag

covid19

Browsing

Sejak pandemik Covid19 melanda negara ini sejak tahun lalu, banyak pemilik taska dan tadika terpaksa ‘gulung tikar’ kerana sukar untuk menjana pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

pemilik taska

Sehingga kini, kebanyakan tadika dan taska membuka waktu operasi hanya untuk anak-anak pejuang barisan hadapan(frontliners) sahaja. Ini menyukarkan pemilik taska untuk bertahan dalam masa-masa yang sukar ini.

Seorang pengetua taska di Puchong, Puan Siti, berkongsi bagaimana dia menghadapi cabaran taska miliknya sejak tahun lepas. Ini kisah beliau:

Semasa pandemik ni amat terkesan pada kedudukan taska. Hampir juga menutup terus operasi taska buat selama lamanya. Tapi bila memikirkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah untuk mendidik anak2 taska, pendidik taska kearah yg lebih baik, saya batalkan hasrat untuk tutup taska.

pemilik taska

Paling ketara teruk saya alami kemurungan dari bulan Mei hingga Ogos 2021. Dan masih bertahan untuk bulan September depan. Pendapatan taska berpunca daripada bayaran yuran ibu bapa yang telah berdaftar di taska. Ekoran hanya anak-anak frontliners yang dibenarkan datang ke taska dengan syarat yang ketat, taska mengalami kewangan yang merudum hampir 60 peratus meleset daripada sebelumnya. 

Tak ambil gaji sejak pandemik melanda

pemilik taska

Kos operasi taska amat tinggi untuk menampung bayaran kos sewa bangunan, gaji pendidik taska, kos bahan mentah dan bil utiliti seperti elektrik, air, internet dan talian telefon. Dengan itu, gaji bulanan pendidik terpaksa dikurangkan dan mereka bekerja mengikut giliran dan masih bergilir sehingga sekarang.

Sebagai pengusaha taska, saya sememangnya tidak bergaji sejak pandemik melanda negara kita, hanya dahulukan pekerja dan yang lainnya sebagai keutamaan.

Pernah tutup akibat penularan kes Covid19

pemilik taska

Risiko tetap ada apabila beroperasi tatkala pandemik ini. Taska pernah ditutup atas penularan kes Covid19 di taska, punca dari parent seorang bayi dan menjangkiti bayi yang lain serta ahli keluarga mereka.  Waktu itu, saya ambil langkah tutup operasi taska selama 14 hari untuk sanitasi dan kuarantin.

Taska masih bertahan demi kelangsungan hidup cikgu-cikgu taska dan amanah serta kepercayaan ibu bapa kepada taska. Buat masa sekarang, saya ada mohon Program Subsidi Upah(PSU). 

Alhamdulillah syukur dapat bantu serba sedikit untuk bayaran operasi taska. InsyaAllah harap dapat bertahan hingga akhir tahun ini.

Saya tiada apa-apa harapan untuk ibu bapa yang tak boleh sokong taska, saya sudah sampai tahap redha dengan ketentuan Allah. Mungkin mereka mempunyai masalah kewangan juga.

Cumanya, bagi pihak taska, kami ubah sedikit program taska lebihkan kepada mental dan emosi anak-anak di samping perbanyakkan bonding bersama anak-anak.

Kita semua terkesan dengan keadaan sekarang. Saya doakan kita semua dipermudahkan segala urusan yang mendatang dan dijauhkan dari musibah Covid19 ini.

Semoga kisah Puan Siti ini dapat membuka mata orang ramai bahawa pemilik taska juga amat terkesan dengan situasi lockdown ini. Semoga pandemik ini akan berakhir tidak lama lagi dan semua bisnes dapat beroperasi seperti biasa. 

Bantuan Khas Pengusaha dan Guru Tadika

Jika anda seorang guru tadika di negeri Selangor, anda boleh memohon Bantuan Khas Pengusaha dan Guru Tadika di bawah Pakej Kita Selangor 2.0. Menurut laman web Bantuan Rakyat, permohonan fasa kedua bantuan ini dibuka pada 15 Ogos lalu sehingga 6 September depan. Difahamkan, lebih 3000 kuota masih tidak dipohon untuk permohonan kali ini.

Suka artikel ini? Baca Kisahku: Postpartum Depression Muncul Selepas Anak Kedua Lahir dan Kisahku: TTC 6 Tahun Sebelum Dikurniakan Cahaya Mata.

Sejak pandemik Covid19 melanda dunia, berjuta orang kehilangan orang tersayang akibat penularan wabak berbahaya ini. Kit ujian kendiri mungkin membantu orang awam untuk membuat ujian Covid19 di rumah. Ramai tidak sedar mereka sudah dijangkiti dan tidak mendapat rawatan secepatnya kerana terlalu memikirkan kos ujian calit yang mahal bagi rakyat biasa.

kit ujian kendiri

Sebulan lalu, kes Covid19 semakin memuncak di negara ini. Setiap hari, berbelas ribu orang membuat ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) dan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) berdasarkan jumlah kes yang diumumkan.

Mommy daddy pasti risau akan status kesihatan diri dan keluarga, kan? Antara perkara-perkara yang membimbangkan ibu bapa dalam pandemik ini adalah:

  • Terdedah dengan golongan berkemungkinan positif Covid19 semasa menunggu giliran untuk buat ujian calitan di klinik atau hospital.
  • Terpaksa meninggalkan anak di rumah atau dengan orang lain untuk buat ujian calitan.
  • Harga ujian calitan mahal (terpaksa buat ujian calitan di klinik swasta atau hospital swasta).

Terbaru, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), memberi senarai kit ujian kendiri Covid19 yang telah mendapat Kelulusan Bersyarat untuk diimport dan diedarkan di Malaysia. Kit ujian ini boleh dibeli di farmasi komuniti berdaftar, fasiliti kesihatan berdekatan anda atau secara online. Malah, ia jauh lebih murah daripada ujian RTK dan PCR.

Nama bagi kit ujian kendiri ini adalah:

  • Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples)
  • Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use
  • BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)
  • ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
  • JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
  • Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit (Immunochromatography_ – Home based Use

Sesuai digunakan untuk buat saringan awal

kit ujian kendiri

Kit-kit ujian kendiri Covid19 di atas sesuai digunakan untuk buat saringan awal. Bagi moms-to-be, kit ini mungkin dapat membantu anda buat saringan awal di rumah sebelum dimasukkan ke wad bersalin.

Antara kelebihan menggunakan kit ujian kendiri Covid19 ini bagi golongan mommies dan parents ialah:

  • Murah.
  • Boleh beli secara dalam talian (online).
  • Boleh beli banyak.
  • Buat ujian calitan bila-bila masa dan di mana saja anda berada.
  • Tak perlu keluar rumah.
  • Tak sakit (jika terpaksa buat calitan untuk anak kecil).
  • Jimat masa.
  • Tak perlu risau berjauhan dengan anak,
  • Tak terdedah dengan golongan berkemungkinan positif Covid19.
  • Keputusan cepat.
  • Keberkesanan tinggi (>90 peratus ketepatan).

Penggunaan kit ujian kendiri Covid19 di atas adalah terhad untuk tujuan penyaringan sahaja dan semua hasil ujian memerlukan pengesahan lebih lanjut menggunakan RT-PCR, menurut Medical Device Authority.

Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples)

kit ujian kendiri
Kredit: Berita Harian

Nama syarikat atau pembuat kit ujian kendiri ini ialah Reszon Diagnostic International Sdn Bhd manakala nama pengilang pula ialah Reszon Diagnostics International Sdn Bhd. Untuk pengetahuan anda, kit ini merupakan kolaborasi antara MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD) dan syarikat antarabangsa, Reszon. Jenis sampel pengesanan yang diperlukan untuk digunakan dalam home test kit ini ialah sampel calitan air liur dan hidung.

Menurut Harian Metro, cara penggunaan kit ini ialah anda perlu ambil calitan air liur dan hidung menggunakan dua batang alat calitan yang disediakan dan keputusan boleh diperolehi dalam masa 10 hingga 15 minit apabila ia menunjukkan satu garisan (negatif) atau dua garisan (positif). Harga bagi satu pek kit ujian ini adalah RM39.90, manakala sensitiviti Salixium adalah 91.23 peratus dan ketepatannya ialah 100 peratus.

Nama: Salixium COVID-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples)

Harga: RM39.90

Sensitiviti: 91.23%

Ketepatan: 100%

Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use

kit ujian kendiri
Kredit: lifestyleasia

Selain itu, anda juga boleh beli kit ujian kendiri Gmate ini untuk buat ujian kendiri di rumah. Nama syarikat pembuat kit ini pula ialah Citymedic Sdn Bhd dan dikilangkan di Philosys Co., Ltd, Korea. Jenis sampel pengesanan yang diperlukan adalah sampel air liur sahaja.

Cara penggunaan kit ujian kendiri ini amat mudah. Anda perlu letak sampel air liur ke dalam bekas kecil reagen yang disediakan sebelum meletakkannya di atas kit ujian. Titiskan empat titisan air liur ke atas kit ujian dan tunggu selama 15 minit untuk mendapat keputusan yang tepat. Harga bagi satu kit ujian kendiri Gmate ini ialah RM 39.90. Kadar sensitiviti kit ini ialah 91.0 peratus dan ketepatan mencecah 96 peratus serta specificity mencecah 100 peratus.

Nama: Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home Use

Harga: RM39.90

Sensitiviti: 91%

Specificity: 100%

BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)

kit ujian kendiri

Syarikat pengeluar bagi kit ujian kendiri BERIGHT-COVID-19 ini adalah Medinics (M) Sdn Bhd manakala pengilang pula dari Hangzhou AllTest Biotech Co., Ltd, Zheijang, P.R. China. Jenis sampel diperlukan bagi kit ini hanyalah sampel air liur sahaja.

Sama seperti kit ujian Gmate, anda perlu meletakkan sampel air liur ke dalam tiub yang disediakan sehingga mencecah garisan skala yang ditetapkan. Letak tiub ke dalam pemegang tiub dan tambahkan kesemua disposable buffer dan picit tiub selama 10 sehingga 15 minit. Kemudian, titiskan dua titisan air liur ke atas kit ujian dan tunggu selama 15 minit untuk mendapat keputusan yang tepat. Harga bagi kit ujian kendiri ini ialah RM35. Selain itu, kadar sensitiviti BERIGHT ialah 93.1 peratus manakala specificity mencecah 100 peratus.

Nama: BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid)

Harga: RM35

Sensitiviti: 93.1%

Specificity: 100%

ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)

kit ujian kendiri
Kredit: KL Foodie

Syarikat pengeluar bagi ALLTest COVID-19 home test kit ialah Global Science Sdn Bhd dan ia dikilangkan di Hangzhou AllTest Biotech Co., Ltd, Zheijang, P.R. China. Jenis sampel yang diperlukan ialah sampel air liur.

Cara penggunaan juga sama seperti kit-kit ujian kendiri di atas. Anda boleh rujuk kotak untuk arahan dan maklumat lengkap sebelum mula membuat ujian. Kadar sensitiviti bagi kit ALLTest COVID-19 ini adalah 90.1 peratus dan specificity mencecah 99.5 peratus.

Nama: ALLTest COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)

Harga: –

Sensitiviti: 90.1%

Specificity: 99.5%

JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)

kit ujian kendiri
Kredit: KL Foodie

Syarikat bagi pengeluar kit JusCheck COVID-19 ialah Neopharma Biotech Asia Sdn Bhd manakala ia dikilangkan sama dengan BERIGHT dan ALLTest iaitu Hangzhou AllTest Biotech Co., Ltd Zheijang, P.R. China. Jenis sampel yang diperlukan ialah sampel air liur.

Cara penggunaan juga sama seperti kit-kit ujian kendiri di atas. Anda boleh rujuk kotak untuk arahan dan maklumat lengkap sebelum mula membuat ujian. Kadar sensitiviti bagi kit JusCheck COVID-19 ini adalah 90.1 peratus dan specificity mencecah 99.3 peratus.

Nama: JusChek COVID-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)

Harga: RM 35

Sensitiviti: 90.1%

Specificity: 99.3%

Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit

kit ujian kendiri

Kit ujian kendiri Covid19 yang terakhir (setakat artikel ini ditulis) diluluskan secara bersyarat oleh KKM dikeluarkan oleh syarikat Jingga Anggun Sdn Bhd dan dikilangkan di Guangdong Longsee Biomedical Co. Ltd., Guangzhou, China.

Cara penggunaan juga sama seperti kit-kit ujian kendiri di atas. Anda boleh rujuk kotak untuk arahan dan maklumat lengkap sebelum mula membuat ujian. Menurut laman web Longseemed, kit ini digunakan untuk mengesan antigen 2019-nCoV & antigen Influenza A / B secara kualitatif dalam sampel calitan. Kit ini hanya digunakan untuk diagnosis tambahan in-vitro.

Nama: Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit

Harga: RM 41

Sensitiviti: 94.3%

Specificity: 100%

Muatnaik keputusan di aplikasi MySejahtera

kit ujian kendiri

Untuk pengetahuan anda, ciri terbaru yang ada di aplikasi MySejahtera ialah Ujian Kendiri COVID-19 atau COVID-19 Self Test.

kit ujian kendiri

Terdapat tiga jenis kit ujian kendiri yang tersedia dalam ciri terbaru ini. Selepas anda selesai buat ujian kendiri, anda boleh muatnaik keputusan di aplikasi berkenaan.

kit ujian kendiri

Malah, anda juga boleh beli secara online di pautan yang ada dalam ciri terbaru tersebut. Senang! Boleh tahu harga, beli online dan muatnaik keputusan ujian kendiri dalam satu aplikasi sahaja.

Suka artikel ini? Baca 3 Tips WFH Sambil Jaga Anak Semasa PKP dan Kisahku: Pengalaman Bersalin PKP/PKPB dari 4 mommies. Sediakah Anda?

Dalam zaman pandemik Covid19 ini, golongan berisiko tinggi seperti ibu hamil dan ibu menyusu amat memerlukan vaksin Covid19 bagi melindungi diri mereka daripada dijangkiti wabak berbahaya itu.

covid19

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menjelaskan hanya vaksin Pfizer-BioNTech bersesuaian untuk golongan di atas.

“Berdasarkan cadangan yang dibuat oleh pakar, untuk ibu hamil dan menyusu, mereka hanya perlu mengambil vaksin Pfizer,” ujarnya.

covid19

Bagi ibu hamil, mereka dinasihati untuk mengambil vaksin ketika kehamilan berusia di antara minggu ke-14 hingga minggu ke-33. Mereka disarankan untuk menunggu hingga selepas bersalin jika melebihi tempoh tersebut.

Tambahnya, pihaknya telah meminta Pasukan Petugas Imunisasi Covid19 untuk berkoordinasi dengan hospital dan klinik bersalin supaya ibu hamil dan ibu menyusu diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin Pfizer.

Selain itu, ada berita baik untuk anda yang bercadang atau sudah mendapat suntikan vaksinasi. Anda boleh menebus buku percuma di Kedai Fixi dengan menyertai kempen mereka, #CucukBersamaFixi. Menarik kan! Jangan lupa daftar program vaksinasi di aplikasi MySejahtera untuk dapatkan vaksin Covid19 percuma 🙂

Sumber: Malaysiakini , Kedai Fixi

Berminat dengan artikel seperti ini? Baca Kisahku: Disahkan Positif Covid19 Semasa Hamil dan 6 Cabaran Menyusu Bayi Harus Ditempuhi Jika Anda Mahu ‘Breastfeed’ Si Manja