fbpx
Banner
Tag

bersalin

Browsing

Tentu pengalaman bersalin semasa tidak sama selepas PKP/PKPB dilanjutkan.

Mommy-to-be mesti tertanya-tanya bagaimana prosedur untuk bersalin semasa PKP/PKPB kan?

Seperti kita sedia maklum, seluruh negeri di Malaysia kini masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali Sarawak yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

bersalin semasa pkp

Pasti ramai bakal ibu yang gelisah dan risau mengenai bayi yang bakal lahir tak lama lagi dan ingin tahu prosedur terkini hospital. Untuk pengetahuan mommies, boleh dikatakan semua hospital kerajaan tidak membenarkan suami dan ahli keluarga menjaga pesakit.

Mungkin kisah pengalaman daripada mommies di bawah ini yang pernah bersalin semasa PKPB/PKPB boleh membantu anda bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk bersalin tidak lama lagi seperti apa yang ditulis oleh Berita Harian. Mommy take note ya, ini ada beberapa perkara perlu dibuat segera lepas bersalin nanti.

Ramai wanita berada dalam dilema untuk memilih pantang bersalin tradisional atau moden apabila melahirkan bayi nanti. Bersalin dan berpantang merupakan satu topik yang penting dan saling berkaitan untuk bakal ibu.

Kita sering dengar bahawa pantang bersalin secara tradisional agak “tegas” berbanding moden, namun masih ramai yang memilih untuk mengikuti pantang tersebut kerana percaya ia lebih baik untuk tubuh badan.

pantang bersalin tradisional

Tetapi, ramai doktor kini banyak membuat “awareness” mengenai cara berpantang dengan betul dan berbeza dengan pantang secara tradisional yang kita sering dengar dan lihat dari zaman dulu hingga sekarang.

Dalam banyak-banyak jenis pantang, penulis berpendapat bahawa ada beberapa jenis pantang bersalin tradisional sebenarnya bagus untuk tubuh badan ibu kembali sihat seperti biasa.

Pantang makan

pantang makan

Tahukah ibu, pantang makan bermaksud ibu boleh makan makanan sihat mengikut sukatan yang betul?

Berpantang makan penting untuk membekalkan nutrien-nutrien ke dalam badan ibu supaya luka bersalin cepat sembuh di samping dapat menyusukan bayi dengan baik. Bayi memerlukan nutrien yang dibekalkan oleh ibu melalui susu.

Pantang makan pada zaman dulu menekankan beberapa jenis ikan dan sayuran yang dikatakan “sejuk” serta boleh menyebabkan kesihatan ibu terganggu seperti bentan.

Senang cerita, makanlah ikan dan sayuran ibu biasa makan seperti sebelum bersalin jika tiada alahan. Jangan lupa minum air lebih ya.

Pakai stokin

Ramai tidak tahu fungsi pakai stokin ini sebenarnya amat penting bagi ibu lepas bersalin. Stokin bukan saja mengelakkan kaki daripada kesejukan, malah ia dapat mengurangkan bengkak kaki jika anda memakai stokin jenis ketat.

Untuk pengetahuan anda, pantang dulu-dulu lebih menekankan pemakaian stokin untuk membantu memanaskan badan selain mengelakkan kaki daripada “masuk angin”.

Urutan badan

urutan bersalin

Setelah sembilan bulan mengandung, ibu pasti rasa lega akhirnya dapat buat urutan seluruh badan, kan?

Bayangkan selama beberapa bulan itu kita tidur dalam keadaan tidak selesa, sakit pinggang, sakit pinggul, sakit kaki demi menggalas nyawa “little bundle of joy” yang bakal lahir.

Selain itu, urutan badan juga boleh dikira sebagai “me-time” untuk new moms sebab sudah berjaga siang malam menjaga serta menyusu si kecil. Masa ni la kita dapat berehat tanpa gangguan anak.

Kesimpulannya, pantang bersalin secara tradisional ada juga kebaikannya. Mungkin ada sesetengah pantang dikira agak tidak masuk akal, tetapi ada juga yang boleh “pakai”.

Ibu hamil adalah golongan yang kuat kerana mampu menahan sakit kontraksi selain menahan sakit untuk bersalin.

Jika anda sedang menunggu masa untuk bersalin tidak lama lagi, anda pasti mahu tahu apakah persiapan diri yang perlu dilakukan sebelum masuk dewan bersalin.

Tidak banyak yang perlu anda lakukan untuk persiapkan diri sebelum bersalin, tetapi lima tips ini amat membantu bagi melancarkan proses bersalin terutama jika anda tiada pengalaman sebelum ini.

1. Potong kuku

Walaupun ia kedengaran agak remeh, namun penting untuk mommy-to-be potong kuku sebelum pergi ke hospital. Ia bagi mengurangkan kesakitan suami anda atau sesiapapun yang menemani apabila anda mencengkam tangan mereka semasa sedang meneran.

Ibu hamil harus makan walaupun tiada selera makan.
Ibu hamil wajib makan walaupun tiada selera.

2. Makan

Sebelum sakit kontraksi semakin kuat, seeloknya anda makan sehingga kenyang atau sekadar alas perut untuk memberi tenaga untuk meneran tidak lama lagi. Kita tidak tahu berapa lama sakit kontraksi berlaku sehingga bukaan penuh terjadi.

Ingat! Makan atau minum minuman memberi tenaga seperti Milo atau nestum walaupun anda tiada selera.

3. Mandi

Ada sesetengah ibu hamil suka mandi bersih-bersih dan bersiap sebelum dibawa turun ke dewan bersalin kerana mahu berasa segar sebelum bersalin. Kadangkala menunggu untuk “fully dilated” mengambil masa agak lama jadi anda pasti mahu berasa bersih dan segar setiap masa, kan?

4. Buang air besar/kecil

Sebelum dibawa turun, jururawat akan memberi anda ubat untuk membuang air besar. “Buang” segala apa yang patut agar anda tidak membuang air besar di atas katil semasa proses bersalin.

Menurut pengalaman penulis, ubat yang diberi tidak mengambil masa yang lama untuk bertindakbalas, hanya beberapa saat sahaja terus berkesan.

Bercukur sebelum masuk dewan bersalin.
Bercukur sebelum masuk dewan bersalin

5. Cukur

Ramai tidak tahu bahawa mencukur bulu di bahagian kemaluan adalah perkara paling penting yang perlu dilakukan. Ia bagi memudahkan para doktor dan jururawat membantu anda ketika bersalin nanti. Malah, proses jahitan luka juga lebih lancar jika anda bercukur terlebih dahulu.

Jika tidak larat, anda boleh meminta tolong daripada suami atau berjumpa terapi kecantikan untuk waxing berdekatan anda.