fbpx
Banner

Lumrah bakal ibubapa baru mempunyai seribu satu persoalan, antaranya selamatkah hubungan seks semasa kehamilan? Ini 4 soalan utama yang anda mungkin tidak selesa untuk bertanyakan pada doktor.

Jom baca!

1) Selamatkah hubungan seks semasa kehamilan?

Ya, ia adalah selamat. Jika kehamilan anda berjalan lancar dan normal, hubungan seks boleh diteruskan. Namun, jika anda mengalami risiko atau bermasalah dengan kehamilan seperti berikut, doktor akan menasihatkan anda untuk tidak melakukannya:

2) Adakah hubungan seks membahayakan bayi?

Anda sebenarnya tidak perlu risau mengenai kecederaan pada bayi ketika melakukan hubungan seks. Bayi di dalam kandungan dilindungi sempurna di dalam karung amniotik (amniotic sac) dan berada jauh di dalam rahim. Di pangkal rahim juga terdapat satu “mucus plug” yang menutupnya dan melindungi rahim daripada sebarang jangkitan kuman.

3) Bolehkan seks semasa kehamilan menyebabkan keguguran?

Walaupun ramai yang bimbang seks boleh menyebabkan keguguran, sebenarnya ia bukanlah satu kebimbangan yang kukuh. Hasil penyelidikan banyak membuktikan bahawa keguguran disebabkan oleh kromosom yang tidak normal atau berkaitan dengan pembentukan janin.

4) Selamatkah seks oral?

Seks oral adalah selamat selagi pasangan tidak meniup angin ke dalam faraj. Angin boleh membentuk halangan dalam salur darah yang dikenali sebagai “air embolism”. Ia berbahaya untuk ibu dan bayi dalam kandungan.


Artikel ini pertama kali diterbitkan di www.makchic.com dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Terjemahan dan olahan oleh : Ayuni A. 

Author

Comments are closed.