fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, mommy akan faham mengenai punca dan cara atasi postpartum depression:

  • Kenalpasti punca berlaku kemurungan.
  • Elakkan daripada mencederakan diri atau bayi.
  • Minta bantuan daripada orang terdekat.

Anak merupakan harta yang paling tidak ternilai bagi seorang wanita. Fasa perjalanan daripada hamil, kelahiran dan seterusnya fasa menyesuaikan diri dengan kehadiran si comel bukanlah sesuatu yang mudah ditempuhi. Banyak onak duri dan juga pahit manis dilalui demi mendapatkan zuriat.

Jika anda seorang bakal first-time mommy, ibu tunggal, duduk berjauhan daripada suami atas faktor kerja seperti Pasangan Jarak Jauh (PJJ) dan bakal melahirkan anak, anda perlu tahu bahawa kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai Postpartum Depression adalah perkara yang serius.

Maksud postpartum depression

Postpartum depression (PPD) atau dalam bahasa Malaysia iaitu kemurungan selepas bersalin, apabila wanita melalui perubahan hormon, fizikal dan emosi seterusnya menyebabkan mereka berasa murung selepas melahirkan anak, menurut sumber daripada artikel kami terdahulu.

Perubahan diri yang berlaku selepas melahirkan anak memang sangat berbeza. Bukan saja fizikal, malah mental juga mengalami perubahan yang drastik terutama pada tempoh sebulan pertama selepas kelahiran ataupun semasa dalam pantang (44 hari).

Punca postpartum depression

Ada pelbagai sebab boleh dijadikan punca kepada kemurungan lepas bersalin, antara punca-punca yang sering berlaku kemurungan menurut MyHealth adalah:

  • Perasaan murung
  • Letih, lesu dan tidak bermaya
  • Suka memencilkan diri
  • Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
  • Salah faham akan kehendak bayi
  • Kurang penumpuan dan daya ingatan

1. Perasaan murung

postpartum depression

“Individu mengalami kemurungan akan mempunyai rasa sedih yang melampau, tidak aktif, sering rasa ingin tidur, tidak seronok melakukan perkara diminati dan berasakan tiada harapan untuknya,” ujar pegawai perubatan, Dr Latif Saad, di Harian Metro.

Biasanya, perasaan murung hadir bila mommy keseorangan, sedang tertekan, penat, lapar dan sebagainya. Ia lebih kepada perasaan negatif dalam diri dan datang secara tiba-tiba.

2. Letih, lesu dan tidak bermaya

postpartum depression

Apabila badan sudah terlalu letih, lesu dan tidak bermaya, mulalah anda cepat berasa murung. Emosi selepas bersalin ini tidak menentu dan ditambah pula dengan bunyi tangisan anak hampir setiap masa, mommy perlu ke klinik atau hospital kerana anak prolong jaundice seperti kisah Puan Aida ini.

3. Suka memencilkan diri

postpartum depression

Mommy pernah rasa lebih suka memencilkan diri berbanding jumpa orang ramai? Hati-hati kerana ia mungkin salah satu punca mommy mengalami postpartum depression. Bila duduk berseorangan, minda jadi cepat berfikiran negatif dan berasa sedih walaupun sebelum itu mommy tidak berasa sedih.

4. Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial

postpartum depression

Kepada para suami, ahli keluarga, rakan rapat, sila ambil serius jika seseorang selepas bersalin kerap mengadu kurang sokongan sosial kepada anda. Ia mungkin petanda mereka sedang bergelut dengan kemurungan selepas bersalin.

5. Salah faham akan kehendak bayi

postpartum depression

Newborn dan menangis memang tidak dapat dipisahkan kerana mereka sedang cuba menyesuaikan diri dengan alam dunia selepas sembilan bulan duduk di alam rahim. Mereka tidak biasa dengan persekitaran, bunyi dan pengalaman baru sejak dilahirkan.

Bagi first time mommies atau mommies yang mempunyai anak ramai sebelum ini, kita juga sering salah faham mengenai kehendak bayi dan buntu kenapa anak masih menangis walaupun sudah tukar lampin, mandi, minum susu dan cukup tidur.

Dulu anak penulis pernah menjadi high demand baby sehingga umur setahun, iaitu bayi yang sering menangis kerana sukar menyesuaikan diri dengan alam dunia. Memang agak sukar untuk melalui tempoh berpantang kerana anak menangis hampir setiap masa tanpa sebab.

6. Kurang penumpuan dan daya ingatan

postpartum depression

Kurang penumpuan dan daya ingatan boleh membuatkan mommy rasa kecewa dengan diri sendiri dan rasa berputus asa. Selepas bersalin, kebanyakan ibu berasa mereka kurang daya ingatan seterusnya berasa sedih dan menganggap orang sekeliling sedang “menghakimi” mereka. Sabar ye mommy.

Cara atasi postpartum depression

Jika mommy mengalami postpartum depression terutama kepada first-time moms, ibu tunggal dan mommy yang PJJ dengan suami, ada beberapa cara mommy boleh atasi kemurungan ini iaitu:

  • Berjumpa doktor
  • Kongsi masalah dihadapi dengan pasangan atau ahli keluarga terdekat
  • Kurangkan buat kerja rumah jika terlalu penat
  • Order makanan daripada food delivery app jika tak sempat masak
  • Buat aktiviti jika berasa sunyi
  • Minta sokongan emosi daripada keluarga atau rakan

Jika dibiarkan, kemurungan selepas bersalin ini boleh berlarutan sehingga berbulan lamanya. Jadi, mommy kat luar sana jangan pandang ringan dengan keadaan kesihatan mental mommy. Pastikan pasangan atau ahli keluarga aware dengan keadaan mommy.

Suka artikel ini? Baca Kesihatan mental: Mommy mungkin sedang depresi jika ada simptom-simptom ini! dan 5 Cara atasi kemurungan dengan segera.

Author

Comments are closed.