Jika anda seorang wanita dan aktif melakukan hubungan seks, anda disarankan mengambil pil perancang keluarga mengikut jadual yang ditetapkan.

Pil perancang keluarga bermaksud birth control pills atau contraceptive pills dalam bahasa Inggeris. Ia bertujuan mencegah kehamilan daripada berlaku. Pil perancang ini antara kaedah popular pilihan wanita untuk mencegah kehamilan.

Menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), pil perancang keluarga mengandungi hormon-hormon tertentu yang berfungsi bagi mencegah kehamilan. Jika hamil tanpa dirancang, anda boleh dapatkan nasihat doktor untuk langkah seterusnya.
Fahami jenis pil perancang keluarga ada di pasaran:
1. Pil kombinasi hormon estrogen dan progesteron

Pil kombinasi ini mengandungi dua jenis hormon iaitu hormon estrogen dan progesteron. Difahamkan, anda perlu mengambil pil ini secara konsisten di waktu yang sama pada setiap hari untuk mengelakkan daripada hamil.
Wanita dan lelaki memiliki hormon estrogen. Namun, fungsi hormon ini berbeza mengikut jantina. Hormon estrogen pada wanita memainkan peranan penting dalam perkembangan seksual, reproduktif wanita serta kitaran haid sehingga menopaus, menurut hellosehat.
Manakala, hormon progesteron adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh ovari (ovarium). Bersama-sama dengan hormon estrogen, ia juga dikenali sebagai hormon seks wanita, menurut sehatQ.
Disebabkan itu, kedua-kedua hormon ini merupakan kandungan penting dalam pil perancang kehamilan. Pil ini sesuai bagi ibu yang tidak menyusu badan kerana mempunyai dua hormon.
2. Pil progesteron (untuk ibu menyusukan anak)
Pil ini lebih selamat untuk diambil untuk ibu menyusu anak kerana mengandungi satu jenis hormon sahaja. Kadar keberkesanan juga sama seperti pil kombinasi lain, namun anda juga masih perlu makan dengan konsisten setiap waktu yang sama pada setiap hari.
Contohnya, hari pertama mula makan pil pada pukul 8 malam, maka hari-hari seterusnya pil wajib dimakan pada pukul 8 malam jugak. Lebih senang jika anda set alarm pukul 8 malam setiap supaya anda tak ketinggalan makan pil perancang pada setiap hari.
Walaupun kebanyakan ibu menyusu tidak mengalami haid untuk beberapa bulan malah hingga setahun, anda perlu ingat bahawa anda masih subur. Mommy boleh tanya doktor atau nurse untuk info lanjut mengapa anda masih subur walaupun belum haid sejak melahirkan anak. Jadi, amat penting untuk anda ambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan hamil dalam jarak dekat.
3. Pil kecemasan (morning-after pill)

Pil ini dimakan bila perlu sahaja pada waktu kecemasan seperti waktu selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Namun, anda tak boleh makan pil ini dengan kerap kerana ia tidak berfungsi seperti pil perancang yang lain dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti loya dan pendarahan luar waktu haid.
Sila dapatkan nasihat doktor untuk ketahui penggunaan pil ini dengan betul.
Kebaikan pil perancang kehamilan

Mungkin ramai tak tahu kebaikan pil perancang kehamilan kerana takut untuk mengambilnya, jadi kami kongsikan beberapa kebaikan pil perancang ini menurut seorang doktor di akaun Twitter beliau, @muhammadeizat :
- Menghilangkan jerawat.
- Mengurangkan risiko mengandung luar rahim.
- Mengurangkan period pain semasa anda datang haid.
- Mengurangkan risiko kanser ovari dan rahim.
- Mengurangkan masalah tulang rapuh bagi wanita telah menopaus.

Walau bagaimanapun, setiap wanita mempunyai kesan sampingan dan tindakbalas yang berbeza terhadap pil perancang antaranya seperti yang dijelaskan oleh doktoroncall:
- Perubahan emosi.
- Loya.
- Pendarahan di antara kitaran haid.
- Keperluan seks berkurangan.
- Payudara rasa sakit.
Sebagai seorang wanita, penulis faham kebimbangan anda mengenai pengambilan pil perancang kehamilan. Seeloknya berjumpa dengan doktor sebelum anda mula makan pil berkenaan. Jangan makan tanpa nasihat doktor tau!
Belum bersedia tambah anak
Ada yang makan pil perancang kerana mahu menjarakkan anak-anak seterusnya atas sebab tertentu atau belum bersedia untuk hamil lagi. Don’t worry, mommy! Kami faham betapa penatnya fizikal dan mental membesarkan anak lebih-lebih semasa mereka berumur kurang satu tahun.
Nak baca topik perancang keluarga lagi? Mommy klik sini yeee.
Comments are closed.