fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, mommy daddy akan lebih faham mengenai penyakit cacar monyet (Monkeypox) dan cara untuk mengatasinya:

  • Fahami dengan lebih mendalam mengenai Monkeypox.
  • Sentiasa amalkan penjagaan kebersihan yang tinggi apabila berada di luar rumah.
  • Kenalpasti simptom-simptom penyakit tersebut jika anak tidak sihat.
monkeypox

Sejak beberapa hari lalu, seluruh penduduk di seluruh dunia berasa takut selepas berita mengenai penyakit cacar monyet atau lebih dikenali sebagai Monkeypox telahpun dikesan di beberapa negara di seluruh dunia.

Mesti mommy daddy tertanya-tanya, perlukah kita berasa takut dengan penyakit terbaru ini? Berbahayakah penyakit ini terhadap anak-anak kecil? Bagaimana cara untuk elakkannya jika penyakit ini sudah masuk ke Malaysia?

Apa itu virus Monkeypox?

monkeypox

Menurut CPRC Kebangsaan – Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit cacar monyet atau Monkeypox ini merupakan sejenis penyakit zoonotik disebabkan oleh Monkeypox. Ia tergolong dalam genus Orthopoxvirus daripada keluarga Poxviridae. Antara virus-virus lain yang termasuk dalam golongan Poxviridae ini ialah cacar air (smallpox), vaccinia, cowpox, camelpox, ectromelia (mousepox).

Terdapat dua jenis clade virus Monkeypox iaitu dari Afrika Tengah (Congo Basin) dan Afrika Barat. Virus clade Congo Basin menyebabkan penyakit lebih teruk dan mudah dijangkiti.

Walaupun nama penyakit ini cacar monyet, ia tidak dibawa oleh monyet tetapi haiwan kecil seperti tikus. Untuk pengetahuan mommy daddy, nama cacar monyet ini diberi kerana virus ini ditemui pertama kali dalam monyet makmal pada tahun akhir 1950-an.

Simptom jika anda menghidap Monkeypox

monkeypox

Biasanya simptom jika anda terkena penyakit Monkeypox akan mula kelihatan seperti demam, sakit badan, sakit kepala, bengkak kelenjar limfa serta ruam. Tempoh inkubasi selepas bergejala ialah selama tujuh hingga 14 hari atau lima hingga 21 hari. Namun, pesakit boleh sembuh tanpa rawatan dalam tempoh dua hingga empat minggu.

Selepas demam dua hari, ruam akan mula kelihatan di muka dan merebak di lengan dan kaki serta tapak tangan pada permulaannya. Kemudian, ruam akan merebak ke seluruh badan dalam tempoh 24 jam.

Bagaimana Monkeypox boleh dijangkiti?

monkeypox

Virus ini boleh disebarkan kepada manusia melalui gigitan atau direct contact dengan darah haiwan yang dijangkiti, cecair badan atau lesi pada kulit atau mukosa.

Difahamkan, jangkitan daripada manusia ke manusia amat jarang berlaku, tetapi ia boleh berlaku melalui sentuhan rapat dengan ruam makulopapular orang yang dijangkiti dan bergejala.

Virus ini boleh sebabkan kematian atau tidak?

monkeypox

Menurut World Health Organization (WHO) Filipina, dalam kebanyakan kes, gejala Monkeypox hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu, tetapi dalam sesetengah individu, ia boleh membawa kepada komplikasi perubatan dan juga kematian. Bayi yang baru lahir, kanak-kanak dan orang yang mengalami masalah keupayaan imun badan melawan jangkitan kuman atau virus mungkin menghadapi risiko simptom yang lebih serius dan kematian akibat cacar monyet.

Komplikasi daripada kes Monkeypox yang teruk termasuk jangkitan kulit, radang paru-paru, kekeliruan dan jangkitan mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan. Sekitar tiga hingga enam peratus daripada kes yang dilaporkan telah menyebabkan kematian di negara endemik sejak kebelakangan ini terjadi pada kanak-kanak atau orang yang mungkin mempunyai masalah kesihatan lain. Walau bagaimanapun, ini mungkin anggaran sahaja kerana data pengawasan di negara endemik adalah terhad.

Cara pencegahan Monkeypox bagi pengembara di negara dilanda wabak

monkeypox

Seperti yang dinyatakan dalam infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di atas, terdapat beberapa cara atau langkah sesuai diamalkan bagi rakyat Malaysia yang mengembara di negara dilanda wabak Monkeypox:

  • Kekalkan kebersihan diri yang tinggi seperti mencuci tangan dengan kerap selepas ke tandas atau apabila tangan kotor.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan luka pada mereka yang dijangkiti, sama ada manusia, haiwan atau objek berkemungkinan tinggi tercemar dengan cecair tubuh pesakit serta pakaian yang dipakai oleh pesakit dijangkiti.
  • Elakkan daripada sentuhan dengan haiwan liar atau makan daging haiwan tersebut.

Biasakan jaga kebersihan diri sepanjang masa

Walaupun negara kita masih tiada kes virus cacar monyet ini, namun mommy daddy tak boleh leka tau. Ajar anak-anak kecil mengenai penjagaan kebersihan diri tidak kira di mana sahaja mereka berada agar terhindar daripada bakteria jahat dan virus yang ada di sekeliling mereka.

Penulis yakin kanak-kanak zaman sekarang sudah faham kepentingan mencuci tangan menggunakan sabun, menggunakan hand sanitizer apabila berada di tempat awam, memakai topeng muka dan sebagainya sejak pandemik Covid19 melanda.

Suka artikel ini? Baca Covid19: Penjelasan Ringkas Untuk Kanak-Kanak dan 5 petua mendidik anak makan sayur-sayuran.

Author

Comments are closed.