fbpx
Banner

Bukan taknak ganti puasa, tapi kadang lupa atau susah tahan lapar bila menyusu anak. Kena cuba ganti puasa sikit-sikit dulu.

Bagi ibu hamil dan ibu menyusu, puasa di bulan Ramadan amat mencabar dan dalam Islam, ibu hamil diberi kelonggaran untuk berpuasa jika risaukan kesihatan diri serta bayi dalam kandungan, menurut Mufti Wilayah Persekutuan.

Selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri berakhir, sesetengah mommies pasti berasa susah hati memikirkan sudah berapa hari tinggal puasa dan perlu gantikannya. Tapi, cara apa paling mudah dan berkesan? Jika mahu ganti puasa, mestilah kita mahu berpuasa tanpa kesusahan kerana perlu jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.

Bagi yang hamil, selepas mommy melahirkan pasti akan terfikir bila waktu sesuai nak ganti puasa. Jika badan mommy sudah pulih sepenuhnya dari bersalin dan tenaga sudah kembali seperti biasa, mommy boleh cuba puasa. Sehari dulu pun takpe asalkan ada usaha. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Puasa ganti sekali puasa sunat

ganti puasa

Dah kira berapa hari mommy perlu ganti puasa? Sekarang mommy boleh plan bila nak mula ganti. Mommy boleh cuba puasa ganti sekali puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis ataupun hari yang boleh puasa sunat.

Dengan cara ini, mommy tak rasa terlalu terpaksa dan malas kerana diberi ganjaran pahala berpuasa sunat. Sedar-sedar mommy dah habis ganti semua hari. Hehe.

Puasa selepas Syawal berakhir

ganti puasa
hearstapps.com

Lagi cepat, lagi bagus. Puasa selepas sebulan menyambut bulan Syawal adalah waktu yang ideal untuk menggantikan puasa. Mommy boleh pilih berapa hari dalam seminggu untuk puasa ganti dan masih boleh enjoy makan di siang hari pada hari-hari yang tak berpuasa. Contohnya, puasa ganti tiga hari seminggu atau puasa selang sehari.

Dah hujung bulan nanti semua puasa sudah diganti. Apa yang penting, mommy kena rancang dan buat terus. Jika bertangguh, memang takkan pernah habis ganti puasa. Bila dah lama tak puasa, kita akan rasa susah nak mula dan rasa keseorangan kerana mommy ada banyak hari perlu ganti. Don’t give up, mommy!

Anggap puasa seperti diet Intermittent Fasting

ganti puasa

Bagi mommy yang amalkan diet sihat, mesti pernah dengar diet Intermittent Fasting, kan? Untuk pengetahuan mommy, Intermittent Fasting adalah sama seperti kita puasa di bulan Ramadan tetapi mereka berpuasa selama 16 jam. Lebih lama sedikit daripada puasa Ramadan.

Jika mommy tiada masalah perut seperti acid reflux atau gastrik, mommy boleh ganti puasa dan anggap ia bantu mommy jadi lebih sihat. Lagipun, tak banyak sangat hari yang perlu ganti puasa kan? Kena set mindset ini untuk kesihatan, mesti mommy berjaya ganti semua hari. Fighting!

Ajak ahli keluarga puasa bersama

ganti puasa

Jika tak mahu keseorangan untuk puasa ganti, apa kata mommy ajak ahli keluarga untuk puasa bersama? Ajak suami dan anak-anak bagi memeriahkan suasana sahur dan berbuka puasa. Mesti rasa masih dalam bulan Ramadan kerana kemeriahan berbuka puasa bersama seluruh keluarga.

Mommy boleh bagi ganjaran kepada anak-anak seperti duit untuk beri mereka semangat berpuasa dan teman mommy puasa. Mungkin dengan cara ni boleh latih mereka biasakan diri berpuasa.

Buat seminggu sekali

ganti puasa
tadst.com

Tiada masa nak puasa ganti? Mommy cuba dengan sehari seminggu dulu. Jangan ganti puasa terlalu banyak kerana mahu cepat ganti tapi mommy yang penat. Tanggungjawab seorang ibu sangat banyak dan memerlukan tenaga yang banyak setiap hari.

Risau stok susu berkurangan kerana berpuasa? Jangan risau mommy, ada beberapa tips boleh boost susu badan walaupun sedang berpuasa.

Bila ganti puasa sehari dalam masa seminggu, mommy akan berasa lebih gembira dan tenang. Tak apa lambat habis ganti puasa, asalkan mommy enjoy hari-hari mommy. Emosi perlu dijaga lebih-lebih lagi semasa berpuasa.

Mahu faham lebih mengenai tips penyusuan semasa Ramadan? Mommy klik sini tau.

Author

Comments are closed.