fbpx
Banner

Tentu pengalaman bersalin semasa tidak sama selepas PKP/PKPB dilanjutkan.

Mommy-to-be mesti tertanya-tanya bagaimana prosedur untuk bersalin semasa PKP/PKPB kan?

Seperti kita sedia maklum, seluruh negeri di Malaysia kini masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali Sarawak yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

bersalin semasa pkp

Pasti ramai bakal ibu yang gelisah dan risau mengenai bayi yang bakal lahir tak lama lagi dan ingin tahu prosedur terkini hospital. Untuk pengetahuan mommies, boleh dikatakan semua hospital kerajaan tidak membenarkan suami dan ahli keluarga menjaga pesakit.

Mungkin kisah pengalaman daripada mommies di bawah ini yang pernah bersalin semasa PKPB/PKPB boleh membantu anda bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk bersalin tidak lama lagi seperti apa yang ditulis oleh Berita Harian. Mommy take note ya, ini ada beberapa perkara perlu dibuat segera lepas bersalin nanti.

Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor (4 April 2020)

Pengalaman Bersalin PKP/PKPB. Sediakah Anda?
Pengalaman Bersalin PKP/PKPB. Sediakah Anda?

“Sheril pula Alhamdulillah bekas suami dapat teman masa proses bersalin, taktau kenapa doc yg incharge tu boleh benarkan. Yg lain doc tak benarkan. Bergantung pd kebenaran doc masa tu.

Bekas suami juga yg azan kan. Lepas azan baru kne keluar terus balik sbb tak boleh stay. Esok pg nya nak keluar baru suami boleh dtg uruskan urusan keluar.”Raja Sheril Ameera

Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur (10 Mei 2020)

pengalaman bersalin

“I bersalin dekat Hospital Pusrawi, lepas survey semua and gov tak boleh husb masuk, setakat hantar food and bag kat bawah je. Mati mati lah nak diteman juga sebab anak 1st kan, jiwa tak kuat hadap sorang.

Lepas set appointment check in ward utk induced (39 weeks), i sorang je kena buat swab test Covid19. Husband tak payah. Mostly hospital swasta yang i survey, both husband and wife kena swab test. Tapi Pusrawi takyah. I paid around RM450. And nasib baik ya pusrawi bagi husband teman, mostly other swasta tak bagi juga.

If i positive covid, means husband takkan dapat masuk juga. 2nd, if positive, dorang nak prepare apa yang patut macam pakai PPE ke untuk handle. Kalau beranak kena emergency c-section lagi payah, dorang nak kena disinfect the whole OT area, nak kena betul betul strict with procedure operation takda virus tu merebak ke staff and barang barang in OT, nurse pun sorang je dgn doc kena ada kat situ. Sebab perut kena belah kan, so the chances virus tu spread tu tinggi. Tapi alhamdulillah i beranak normal, so bersalin macam biasa.

Lepas beranak, visitor boleh naik tapi sorang je. If my mom naik, husband kena turun. So far pusrawi agak lenient, tak strict sangat but still ikut SOP.”Aqila Shukri

Hospital Putrajaya, Putrajaya (7 Oktober 2020)

pengalaman bersalin

“Semua kena buat sendiri. Takde org boleh teman/masuk. Semua nurse tolong. Anak pon tgh sakit rengat kena bgn jaga sendiri.”Diyana

Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Klang (23 Disember 2020)

pengalaman bersalin

“Mase bersalin tu kene prepare mental sebab takde sape boleh melawat. Suami nak masuk pun tak boleh, suami nak hantar barang just bagi dekat guard nanti guard akan hantarkan.

Paling sedih baby pun ayah tak boleh azankan. Lepas bersalin baru boleh call husband untuk ambik uri. Uri pun pass kan dekat guard jugak. Dari admit sampai discharge mommy kene handle everything sendiri.

Nanti nak discharge mommy kene naik tempat discharge untuk sign borang-borang and baru boleh call husband untuk buat payment. Lepas husband buat payment and ambik baru la boleh balik.”Nur Ashikin

Kesihatan mental mommy jugak perlu dijaga selepas melahirkan anak. Kuatkan semangat walaupun terasa tak mampu menghadapi dugaan bersalin tanpa suami di sisi akibat PKP.

Macam-macam pengalaman mommies alami di atas ini, namun apa yang penulis boleh buat kesimpulan berdasarkan pengalaman bersalin semasa PKP ataupun PKPB:

  • Perlu membuat Covid19 swab test jika membuat pembedahan caesarean (c-sect) atau jika keadaan memerlukan.
  • Suami atau ahli keluarga tidak dibenarkan teman (kecuali di beberapa hospital swasta).
  • Mommy kena uruskan diri sendiri dan bayi yang baru lahir. Tetapi, boleh minta bantuan jururawat jika mommy tak larat. Jangan paksa diri!
  • Bersedia untuk bersalin tanpa suami di sisi. Jangan risau, mommy akan ditemani oleh jururawat serta doktor yang sentiasa menolong dan memberi sokongan dari awal hingga selamat bersalin.
  • Suami tidak dapat mengazankan bayi (kecuali di beberapa hospital swasta).
  • Suami boleh ambil uri bayi daripada pengawal keselamatan hospital untuk dibawa balik dan ditanam.
  • Suami boleh hantar barang melalui pengawal keselamatan seperti beg pakaian, makanan dan lain-lain.

Kepada semua mommies-to-be, anda boleh buat persiapan dari sekarang untuk menempuh hari yang amat penting dalam hidup kita tidak lama lagi. You can do this, mommies!

Nak baca kisah-kisah selepas bersalin? Mommy klik sini.

Author

Comments are closed.