fbpx
Banner

Bayi high demand ialah bayi yang kerap menangis pada setiap masa walaupun keperluannya sudah dipenuhi.

Tahukah mommy, menurut pakar, bayi ada jenis-jenisnya tersendiri iaitu mudah (easy going), memerlukan perhatian tinggi (high demand) serta sawan tangis (colic). Bukan mudah menguruskan bayi jenis high demand dan colic kerana mereka susah untuk ditenangkan walaupun pelbagai cara telah dibuat.

bayi high demand
Menangis tanpa henti walaupun sudah dipujuk.

Difahamkan, bayi jenis ini adalah bayi yang sukar untuk sesuaikan diri dengan alam dunia dari alam rahim. Semuanya rasa begitu asing dengan diri mereka kerana sudah terbiasa duduk dalam rahim mommy selama sembilan bulan, dengar degupan jantung mommy dan suara mommy. Bak kata Baby Language, ia berlaku akibat lemah adaptasi peralihan alam rahim kepada alam dunia yang drastik.

Oleh itu, penulis berasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman menempuh trimester keempat bersama anak sulung penulis yang juga seorang bayi high demand.

Normal ke anak selalu nangis?

bayi high demand

Saya tidak pernah tahu kewujudan bayi high demand sehinggalah selepas melahirkan puteri sulung saya awal tahun lepas. Pada mulanya, saya ingatkan normal jika bayi baru lahir menangis kuat sepanjang masa berjaga dan sukar untuk ditenangkan.

Semasa dalam pantang, bayi perempuan saya menangis jika diletakkan di atas tilam. Dia hanya mahu tidur dalam pelukan hingga betul-betul lena. Dia akan menangis jika tersedar dan sukar untuk dipujuk sehingga satu-dua jam kemudian.

Bukan itu sahaja, dia juga menangis jika orang lain dukung dan hanya mahukan saya. Emosi dan jadual tidur saya tidak menentu semasa dalam pantang kerana perlu menjaga anak siang dan malam.

Bukan saja ada bayi kuat menangis cepat burnout, tetapi surirumah jugak burnout jaga ramai anak di rumah.

Cemburu lihat anak orang lain senang tidur dan ceria

bayi high demand

Saya agak cemburu melihat anak-anak rakan lain yang senang tidur, ceria, dan nangis perlahan. Saya mula buat carian “Google” dan mencari cara untuk memahami bayi saya dengan lebih mendalam.

Masa itulah saya baru tahu bayi sebenarnya ada tiga jenis dan bayi saya dikategorikan sebagai bayi memerlukan perhatian tinggi.

Ciri-ciri bayi high demand

bayi high demand

Malah, ciri-ciri yang ditulis juga ada pada bayi saya iaitu:

  • Menangis tanpa sebab
  • Susah untuk ditenangkan
  • Kerap terjaga
  • Sentiasa “mengempeng” (kerap minum susu walaupun sudah kenyang)
  • Mahu didukung setiap masa
  • Tidak mahu dengan orang lain
  • Sukar dijangka (unpredictable)

Selepas itu, barulah saya faham bayi saya mahukan perhatian sepanjang masa dan cara untuk tenangkan dia dengan lebih berkesan. Saya mula tahu ‘cue’ bila bayi saya lapar, tidur dan bila mahu perhatian daripada saya.

bayi high demand

Saya juga faham bahawa anak perempuan saya mempunyai personaliti yang tersendiri. Unik. She knows what she wants. Antara solutions saya untuk menenangkan dia ialah:

  • Pakai bedung semasa tidur
  • Dodoi
  • Guna white noise untuk bantu bayi tidur lebih lena
  • Biasakan dia dengan orang ramai supaya dia tidak takut dengan orang
  • Bawa dia berjumpa rakan(bayi) sebaya

High demand semakin kurang bila umur setahun

bayi high demand

Ciri-ciri high demand makin berkurangan apabila dia berusia enam bulan. Dia semakin ceria, tidak takut dengan orang, kurang menangis dengan kuat dan semakin mesra dengan orang lain.

Semakin lama semakin hilang ciri-ciri tersebut apabila dia berusia setahun. Kini dia seorang kanak-kanak yang ceria, mudah tersenyum dan peramah dengan orang ramai serta mudah tidur. Saya tak sangka akhirnya saya dapat menikmati waktu tidur yang lebih lama berbanding dulu.

Mommies kena kuatkan hati dan emosi supaya dapat menjaga bayi dengan baik lebih-lebih lagi masa dalam pantang. Saya amat bersyukur dan berterima kasih mempunyai support system yang kuat iaitu suami saya. Dia bantu saya menjaga bayi kami dan beri sokongan apabila melihat saya tertekan.

Sokongan sistem yang kuat amat membantu mommy yang sedang berperang dengan perasaan selepas bersalin. Ada jugak mommy yang mengalami postpartum depression selepas bersalin. Sebab itu pentingnya sokongan kuat daripada orang tersayang.

Semoga perkongsian penulis membantu first-time parents lebih bersedia menghadapi trimester keempat dan ingat, mommy daddy kena sentiasa expect the unexpected.

Jika anda berminat untuk tahu kisah-kisah selepas bersalin, baca kisah berpantang di sini.

Author

Comments are closed.