fbpx
Banner

Sembelit semasa hamil bukanlah satu masalah yang baru bagi ibu hamil. Lazimnya, ibu hamil akan mengalami sembelit atas beberapa faktor. Ada kes yang tidak terlalu serius tetapi ada juga mengalami sembelit yang serius hingga menyebabkan buasir.

Sembelit adalah satu masalah kesihatan di mana wanita sukar untuk membuang air besar semasa hamil terutama trimester akhir kehamilan. Pernahkah anda terfikir, apakah punca menyebabkan ibu hamil sembelit?

Berikut merupakan faktor-faktor ibu hamil sering sembelit:

  • Perubahan hormon 
  • Tekanan rahim
  • Pengambilan suplemen tinggi zat besi

1. Perubahan hormon

ibu hamil

Wanita mengalami perubahan hormon semasa hamil. Tubuh wanita hamil menghasilkan hormon progesterone lebih tinggi sekaligus menyebabkan usus memproses makanan dengan lebih perlahan. Apabila usus memproses makanan lebih perlahan dari biasa, ia akan menyebabkan najis lebih keras serta lebih sukar untuk membuang air besar.

Kadangkala, sembelit menyebabkan buasir jika ia berlarutan. Oleh itu, ibu hamil disarankan untuk makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

2. Tekanan rahim

ibu hamil

Apabila bayi semakin membesar, rahim juga ikut membesar seiring dengan perkembangan bayi. Saiz rahim mempengaruhi tekanan yang berlaku di bahagian usus.

Menurut Doktor Zubaidi, rahim yang semakin membesar akan menyebabkan tekanan fizikal pada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar.

3. Pengambilan suplemen tinggi zat besi

ibu hamil

Biasanya ibu hamil akan dibekalkan ubat yang mengandungi zat besi sebagai suplemen tambahan terutama di trimester ketiga. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit kerana kandungan zat besi yang tinggi dalam pil tersebut.

Ibu hamil sering mengalami sembelit semasa pengambilan pil zat besi jika tidak menjaga pemakanan seperti kurang minum air kosong. Najis juga akan bertukar warna gelap kerana pil zat besi. Mommy jangan terkejut ya bila melihat najis bertukar warna hitam.

Don’t worry, situasi ini akan berubah menjadi normal selepas anda melahirkan anak. Malah, sembelit semasa hamil tidak berbahaya kepada ibu dan bayi dikandung.

Banyakkan minum air kosong

ibu hamil

Ada beberapa cara untuk anda atasi masalah sembelit ketika hamil iaitu:

  • Banyakkan minum air kosong
  • Makan buah-buahan
  • Makan sayur-sayuran
  • Makan makanan berserat tinggi

Walaupun masalah sembelit bukanlah satu masalah yang besar, anda digalakkan berbuat sesuatu supaya ia tidak mengakibatkan buasir. Jika anda terkena buasir, lagi sukar untuk anda membuang air besar. Masalah buasir boleh berlaku sehingga selepas bersalin jika tidak diatasi segera.

Suka artikel ini? Baca 8 Mitos Popular Kehamilan dan Kisahku: Disahkan Positif Covid19 Semasa Hamil.

Author

Comments are closed.