fbpx
Banner

Kalau ikut tiga tips ni mungkin tiada masalah untuk ibu menyusu puasa.

Perkara paling merisaukan ibu menyusu anak ialah bila tibanya bulan Ramadan. Ada di antara ibu menyusu mempunyai masalah bekalan susu berkurangan kerana kurang makan dan ini memang betul berlaku ye. Penulis juga pernah mengalami masalah yang sama bila menyusu anak dua tahun lepas pada bulan Ramadan.

ibu menyusu puasa

Ada yang mula berasa stres, kurang gembira dan risau akibat masalah ini. Sebenarnya, ada beberapa tips mommy boleh follow sebab ia membantu mommy dapat boost susu badan selain makan makanan berkhasiat pada waktu sahur dan buka puasa semasa bulan Ramadan.

Kadang-kadang dah makan makanan berkhasiat, makanan milk booster, minum air banyak tapi susu masih kurang? Mungkin mommy boleh cuba tips kami pulak.

Pam susu berjadual

ibu menyusu puasa
siraplimau.com

Bagi mommy yang bekerja, jaga waktu pam susu supaya susu tak kurang secara tiba-tiba. Pam susu secara berjadual contohnya setiap dua hingga tiga jam secara konsisten membuatkan supply dan demand boleh maintain seperti anak berada di sisi.

Yelah, bila duduk di rumah bersama anak, mereka sentiasa menyusu mengikut tempoh gap waktu yang sama. Menurut mStar, ibu menyusu perlu kerap mengosongkan payudara supaya penghasilan susu lebih cepat berlaku. Jika mommy cepat berasa lapar bila berpuasa, mommy boleh cuba tips kurangkan lapar sebelum berbuka ini.

Selain tu, mommy boleh perhati cara lekapan anak semasa menyusu bagi memastikan mereka dapat susu yang mencukupi. Bayi berkemungkinan salah lekapan jika menangis semasa menyusu. Posisi mommy menyusu pun perlu betul supaya si kecil selesa dan dapat lekatan yang betul untuk menyusu.

Mood sentiasa gembira

ibu menyusu puasa
healthline.com

Emosi memainkan peranan penting kepada ibu menyusu puasa. Memang penat sangat bila mommy berpuasa sambil menyusu anak kerana perlu tahan lapar dan dahaga. Ibu menyusu perlu minum air banyak dalam masa sehari. Baca buku atau tonton drama kelakar untuk mommy berasa gembira sepanjang hari. Penulis suka tengok variety show Running Man, kerana ia ringan dan kelakar serta dapat boost susu badan.

Buat perkara yang mommy suka untuk naikkan emosi gembira. Hormon gembira membantu tingkatkan pengeluaran susu. Walaupun tak dapat makan pada waktu siang, sekurang-kurangnya mommy sudah cuba jaga emosi seterusnya membuatkan mommy berfikiran positif pada bulan Ramadan.

Berfikiran positif bukan untuk anak semata-mata, tetapi untuk mommy menjalani hari dengan lebih gembira dan tenang. Biasalah, bila lapar memang sukar untuk tenang lebih-lebih lagi anak baru lepas menyusu.

Rehat secukupnya

ibu menyusu puasa

Apabila tiba bulan Ramadan, mommy paling sibuk menguruskan keluarga. Perlu masak untuk waktu sahur dan berbuka puasa setiap hari, buat ibadah terawih dan solat sunat pada waktu malam, melayan anak dan perlu bekerja di siang hari. Mesti mommy struggle untuk cari waktu berehat.

Jangan terlalu terbeban dengan semua kerja rumah. Mommy boleh minta tolong suami, ahli keluarga tinggal serumah atau anak sulung yang sudah remaja untuk bantu buat kerja rumah. Dengan cara ni, mommy dapat rehat secukupnya dan dapat boost susu badan untuk si manja tersayang.

Suami boleh bantu dari segi masakan, ahli keluarga boleh bantu jaga anak sementara mommy rehat, anak yang sudah besar remaja pulak boleh bantu kemas rumah. Apa yang penting, kerjasama daripada semua pihak.

Ibu menyusu perlukan sistem sokongan padu

Sebenarnya, ahli keluarga perlu bagi sokongan kepada ibu menyusu semasa berpuasa kerana mereka paling penat dan rapuh emosinya. Bukan mudah untuk menyusukan anak sambil berpuasa tau. Malah, mereka juga masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak yang lain.

Berilah sokongan dan bantu ibu menyusu supaya mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih bertenaga dan tenang. Menyusukan anak juga merupakan ibadah bagi seorang ibu. Semoga mereka diberi ganjaran pahala dengan pengorbanan yang dilakukan demi menyusukan anak.

Mahu tahu lebih lanjut mengenai penyusuan semasa bulan Ramadan? Mommy klik sini tauuuu.

Author

Comments are closed.