fbpx
Banner

Sebenarnya, ibu hamil pitam bukan selalu sebab tekanan darah rendah, tapi anda mungkin kurang HB (hemoglobin).

Di awal kehamilan, biasanya paras kesihatan mommy-to-be berada di tahap normal sehinggalah memasuki trimester ketiga (hujung kehamilan). Anemia atau kekurangan zat besi semasa hamil amat berbahaya kepada si ibu dan bayi dalam kandungan. Jika mommy selalu rasa nak pitam atau letih, mungkin mommy kena baca artikel ini sehingga habis.

Menurut MyHealth, badan manusia akan menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup, penghasilan darah merah mungkin tak cukup untuk keperluan. Bila jangkamasa kandungan semakin meningkat, jumlah pengaliran darah makin bertambah serta menyebabkan pencairan darah akan berlaku sehingga ibu hamil berkemungkinan besar akan bersalin awal selain saiz bayi menjadi lebih kecil dari biasa.

Simptom kurang HB

Memang sukar untuk kesan bila ibu hamil kurang HB kerana ia perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor dan jururawat. Selain menggunakan mesin bacaan dan sampel darah di bahagian hujung jari, mommy jugak boleh perhatikan jika mempunyai simptom-simptom kurang HB seperti:

  • Berdebar
  • Cepat penat
  • Denyutan jantung tak teratur
  • Kulit pucat
  • Lemah badan
  • Pening / sakit kepala
  • Sesak nafas

Makanan kaya zat besi

ibu hamil pitam
goodto.com

Sebenarnya, ada banyak jenis makanan yang boleh bantu mommy atasi masalah kurang HB. Cuba makan hati ayam, sayur bayam, kacang merah, kacang pea, kacang soya, daging merah, ikan, kismis, buah jambu batu, dan kerang.

Makanan yang disebut di atas kaya dengan zat besi diharap dapat bantu tingkatkan sel darah merah seterusnya tingkatkan HB mommy sehingga selepas kelahiran nanti. Makan secara konsisten sehingga bacaan HB memuaskan.

Boleh cuba pelbagai resepi untuk masak dan jadikan ia juadah menarik untuk mommy makan setiap hari. Boleh tukar-tukar menu jika bosan. Bagi penulis, dulu penulis suka makan sambal paru kerana kurang gemar hati ayam. Bacaan HB jugak maintain sehingga hujung trimester.

Mommy jangan risau sangat okay, yang penting usaha tangga kejayaan. Kalau mommy ada masalah kencing manis (GDM) dan nak tahu punca, klik sini untuk baca selanjutnya.

Suplemen zat besi

ibu hamil pitam
healthline.com

Jika mommy sudah hamil trimester kedua, jururawat mesti sudah mula beri suplemen tambahan iaitu suplemen zat besi untuk dimakan setiap hari atau mengikut ketetapan diberikan doktor. Ada beberapa jenis suplemen zat besi mengikut kesesuaian individu.

Penulis masih ingat masa hamil anak kedua dulu tak boleh makan pil jenis Zincofer langsung kerana akan muntah banyak kali keesokan harinya. Obimin boleh jugak makan walaupun masih mual dan pening. Usaha terakhir, penulis beli pil Maltofer di farmasi luar kerana ia lebih sesuai dengan penulis. Rasa pun sedap, ada perisa coklat. Namun, mommy perlu ikut nasihat doktor mengenai jenis suplemen ya! Beritahu jururawat yang jaga mommy jika perlu tukar suplemen. Mereka akan faham bila tahu kita selalu muntah dan kurang makan jika suplemen zat besi tak serasi dengan kita.

Bila paras zat besi tinggi dalam badan, mommy akan mengalami sembelit pulak di trimester akhir kehamilan. Bertabahlah mommy, semuanya untuk beberapa bulan saja.

Tingkatkan penyerapan zat besi dalam badan

ibu hamil pitam
wwmindia.com

Kadangkala new mommies tak tahu ada cara untuk cepatkan penyerapan zat besi dalam badan selepas makan suplemen zat besi. Ini kerana, ada sesetengah orang mempunyai masalah badan tak mampu serap zat besi dengan berkesan. Biasanya, jururawat di Klinik Kesihatan (KK) akan kongsi tips ini kerana mereka mahu semua preggy moms sihat sehingga bersalin nanti.

Haa, mommy boleh cuba makan suplemen zat besi dengan buah kaya dengan vitamin C. Contohnya buah oren, limau gedang, kiwi, tembikai, tangerin, strawberi dan sebagainya.

Usaha tak pernah khianati mereka yang sentiasa berusaha. Biarlah penat sikit demi kesihatan terbaik anak dalam kandungan dan diri mommy sendiri.

Mahu info kehamilan lagi? Mommy boleh baca sini untuk pengalaman lain tiga trimester pulak.

Author

Comments are closed.