fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, mommies lebih faham mengenai hipertensi dan punca ia menyerang:

  • Gaya hidup tidak sihat yang memenatkan, sibuk dan stres.
  • Pelbagai faktor membuatkan seorang ibu mengalami tekanan darah tinggi.
  • Fokus kepada punca dan dapatkan rawatan dengan segera.
hipertensi

Penyakit hipertensi atau lebih dikenali sebagai penyakit darah tinggi adalah satu penyakit yang berbahaya dan membuatkan pesakit tidak menyedari kehadirannya jika tidak membuat pemeriksaan bacaan tekanan darah. Ada beberapa simptom yang mommy kena aware kerana penyakit ini sukar untuk dikesan jika tiada pemeriksaan dibuat.

Menurut MyHealth, hipertensi adalah satu keadaan apabila tekanan darah anda sentiasa tinggi dari keadaan biasa. Tekanan darah sistolik adalah tekanan semasa jantung menguncup manakala tekanan darah diastolik pula adalah tekanan semasa jantung sedang relaks.

hipertensi

Untuk pengetahuan mommy, tekanan darah ditulis dengan dua bacaan:

  • Bacaan atas menunjukkan tekanan sistolik.
  • Bacaan bawah menunjukkan tekanan diastolik.

Mengikut kajian, 61 peratus rakyat Malaysia tidak mengetahui mereka menghidapi hipertensi dan oleh itu, mengawal tekanan darah amat penting kerana ia boleh mencegah kematian disebabkan serangan jantung, strok (angin ahmar), kerosakan ginjal (buah pinggang) dan buta. Serangan jantung dan strok adalah antara penyebab utama kematian di Malaysia.

Tanggungjawab banyak

hipertensi

Sebagai seorang ibu, mommy menggalas banyak tanggungjawab-tanggungjawab penting yang perlu diberi perhatian penuh contohnya tanggungjawab seorang anak, pekerja, isteri dan juga ibu kepada anak-anak tersayang. Bukan mudah ya untuk bahagi masa dan perhatian demi melaksanakan tanggungjawab mommy. Ada mommy perlu keluar rumah awal untuk bekerja, ada mommy menjadi suri rumah sepenuh masa yang juga perlu membuat kerja-kerja rumah setiap hari tanpa cuti dan juga ada mommy yang perlu galas tanggungjawab kedua-duanya sekali jika bekerja dari rumah (WFH).

Gejala-gejala hipertensi

Difahamkan, kebanyakan pesakit tidak mengalami gejala yang spesifik dan ada juga yang langsung tidak mengalami apa-apa gejala. Walau bagaimanapun, ada pesakit yang mengalami:

  • Sakit / pening kepala

1. Sakit / pening kepala

hipertensi

Bagi mereka yang mempunyai gejala ini, biasanya ia terjadi semasa waktu pagi di bahagian belakang kepala dan berdenyut. Jika ia berlaku, mommy perlu periksa tekanan darah di klinik berhampiran atau periksa sendiri menggunakan mesin tekanan darah jika ada di rumah.

Namun, tidak semua orang mempunyai gejala yang sama. Ada yang tidak mengalami apa-apa gejala tetapi bacaan tekanan darah masih terlalu tinggi. Jadi, mommy perlu berhati-hati dan jangan sampai tunggu hingga rasa sakit kepala baru nak makan ubat, tau.

Punca hipertensi

Sebanyak 90 peratus punca sebenar tidak diketahui manakala 10 peratus lagi adalah disebabkan sekunder iaitu akibat penyakit tertentu. Antara penyebab sekunder ialah:

  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit sistem endokrin
  • Penyakit pembuluh darah

Hipertensi semasa hamil

hipertensi

Selain itu, ibu hamil juga berpotensi untuk mengalami tekanan darah tinggi kerana pola pemakanan kurang memberangsangkan, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berdepan dengan masalah obesiti, menurut Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kepala Batas, Kedah, Dr Siti Samihah Mohd Shukri di SinarPlus.

Ia biasanya berlaku pada usia kandungan 20 minggu dan ke atas. Untuk pengetahuan mommy, berikut merupakan garis panduan antarabangsa mengenai hipertensi semasa hamil yang diklasifikasikan mengikut beberapa kategori iaitu:

  • Ibu hamil disahkan menghidap hipertensi kronik sebelum usia kandungannya mencecah 20 minggu serta tidak mempunyai sejarah hipertensi sebelum hamil.
  • Hipertensi kronik juga dikategorikan kepada wanita yang mempunyai hipertensi sebelum hamil.
  • Hipertensi Whitecoat pula bermaksud kenaikan tekanan darah hanya ketika berada di klinik melebihi 140/90mmHg, tetapi tekanan darah kembali normal ketika berada di rumah iaitu kurang daripada 135/85 mmHg.
  • Hipertensi semasa hamil (gestational hypertension) iaitu kenaikan tekan darah melebihi 140/90 mmHg selepas 20 minggu kehamilan tanpa proteinuria (kebocoran buah pinggang) atau abnormaliti dalam bacaan komponen darah.
  • Pra-eklampsia iaitu masalah kesihatan yang kompleks yang melibatkan kenaikan tekanan darah dan protein di dalam air kencing atau tanda-tanda kerosakan organ lain.

Rawatan doktor

hipertensi

Jika mommy menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi, penulis nasihatkan cepat-cepat berjumpa doktor dan dapatkan rawatan sewajarnya. Jangan berlengah kerana ia boleh membawa maut jika tidak dirawat terutama kepada ibu hamil.

Suka artikel ini? Baca PKP: Aduh Stres Ajar Anak Di Rumah! dan Kesihatan mental: Mommy mungkin sedang depresi jika ada simptom-simptom ini!.

Author

Comments are closed.