fbpx
Banner

Biasanya bayi atau kanak-kanak seawal usia tujuh bulan memang suka makanan bersup macam soto. Confirm tambah banyak kali!

Bila anak kurang sihat ataupun tiada selera makan, makanan sup menjadi pilihan mereka kerana mudah dimakan dan terasa segar di tekak apabila menghirup sup. Mommy boleh buat bubur nasi singho pear jika anak batuk atau selsema. Malah, working moms pun senang masak lauk bersup untuk anak-anak di pagi hari sebelum keluar bekerja. Tapi, resepi apa yang paling ringkas dan mudah masak?

Resepi soto ayam untuk mommies:

Resepi terpaling ringkas di dunia

@gayasurimy Menu paling cepat nak buat, soto ayam😁 Resepi bergedil next video okay! 😘 #fyp #fypシ #foryoupage #gayasuri #babyfoodrecipes #resepisoto ♬ Suasana Di Hari Raya – Anuar & Ellina

Lauk soto jugak mommy boleh bagi si manja makan tau! Boleh gandingkan dengan bergedil, memang akan jadi kesukaan anak. Resepi soto yang kami ingin kongsikan ni memang sangat ringkas dan boleh dibuat dalam masa 10 minit saja. Bahan-bahan pun tak banyak. Jangan risau, mommy boleh tukar bahan ikut apa yang ada dalam peti sejuk mommy. Kalau tiba-tiba mood rajin datang, mommy boleh masak rendang ayam pulak untuk si kecil kesayangan.

Bahan-bahan:

Ayam

Bawang putih* (dikisar)

Bawang merah* (dikisar)

Halia* (dikisar)

Kulit kayu manis

Bunga cengkih

Bunga lawang

Stok ayam

Cara masak:

  • Tumis bahan kisar (bawang putih, bawang merah dan halia) dengan minyak.
  • Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Tumis sehingga rempah bau wangi.
  • Masukkan air. 
  • Masukkan ayam dan air stok ayam. 
  • Tunggu sehingga mendidih. 
  • Pastikan ayam dah masak dan sup telah mendidih baru matikan api. 
  • Sedia untuk dihidang! 
  • Boleh hidang bersama bergedil untuk nampak lebih menarik dan berkhasiat.

Taktahu nak masak apa untuk si manja berusia 7 bulan? Jom cuba resepi kami mommy.

Author

Comments are closed.