fbpx
Banner
Category

Merancang Keluarga

Category

Selepas baca artikel ini, anda akan lebih mudah atur jadual makan pil perancang apabila:

  • Faham berapa lama masa perlu dijarakkan antara pil.
  • Tahu bila waktu yang sesuai untuk makan pil semasa bulan puasa.
  • Boleh bincang dengan doktor waktu makan pil dengan betul dan teratur.
pil perancang

Bulan Ramadan bakal menjelma dalam masa dua minggu akan datang, pasti ramai yang sudah mula buat persiapan dari segi fizikal dan mental untuk menyambut bulan penuh mulia ini. Malah, ada yang praktis berpuasa contohnya puasa hari Isnin dan Khamis supaya badan lebih bersedia dan bertenaga apabila mula berpuasa kelak.

Bagi mommies yang sedang merancang keluarga menggunakan pil perancang, persoalan mengenai pengambilan pil semasa bulan Ramadan pasti membuatkan anda tertanya-tanya bagaimana nak makan pil masa start puasa, kan? Kita sedia maklum pil perancang harus dimakan waktu yang sama pada setiap hari untuk pastikan keberkesanannya. Baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pil perancang.

pil perancang

Menurut MyHealth, puasa bukanlah penghalang untuk meneruskan pengambilan ubat atau pil. Dalam kes ini, pil perancang harus dimakan pada waktu yang sama pada setiap hari. Jadi, anda dapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan sebelum tukar waktu pengambilan pil kepada waktu sahur dan berbuka puasa. Jangan tukar tanpa nasihat doktor tau! Pil perancang mempunyai jarak masa tertentu dan demi memastikan keberkesanan tinggi, mommy kena bincang dengan doktor sebelum mula berpuasa.

pil perancang

Berdasarkan panduan umum dari MyHealth, anda boleh rancang jadual makan pil 2 kali sehari iaitu pada waktu sahur dan berbuka. Jangan pula mommy tak makan pil langsung semasa bulan Ramadan kerana ia meningkatkan risiko untuk hamil.

pil perancang

Selain itu, perubahan waktu pengambilan ubat juga perlu ditambah dengan kontrasepsi tambahan (kondom) sekurang-kurangnya selama tujuh hari berturut-turut, menurut doctoroncall. Ini bagi memastikan mommy masih dilindungi sepenuhnya.

Jika mommy merancang menggunakan IUCD, mommy tak perlu risau kerana ia tidak mengganggu hormon dan juga boleh berpuasa seperti biasa. Klik sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai IUCD.

pil perancang

Masih dalam perancangan untuk mengambil pil perancang tapi bulan Ramadan semakin dekat? Mommy boleh baca sini untuk maklumat mengenai pelbagai jenis perancang keluarga sebelum buat keputusan.

Walaupun sudah mula berpuasa, jangan ambil mudah mengenai pil perancang tau mommies. Masih perlu makan on time, setiap hari macam biasa walaupun kena adjust masa ikut waktu sahur dan berbuka.

Suka artikel ini? Baca 7 tips menghidupkan Ramadan bersama anak-anak dan 3 Tips Kekal Bertenaga Walaupun Menyusu Anak Semasa Puasa.

Selepas anda selesai baca artikel ini, anda dapat memilih kaedah merancang apa yang sesuai untuk anda berdasarkan:

  • Sejarah kesihatan
  • Tahap kewangan
  • Tempoh untuk merancang
  • Konsultasi dengan doktor
kaedah merancang

Tak semua kaedah merancang atau kontraseptif sesuai dengan mommies. Ianya bergantung sepenuhnya kepada penerimaan badan kita. Contohnya, ada yang sesuai dengan makan pil kontraseptif atau pil hormon, ada juga yang tidak sesuai makan pil kerana ada masalah kesihatan lain. Ada yang sesuai cucuk depo tapi ada juga yang tak sesuai dan mengalami pendarahan dalam tempoh masa yang agak lama.

Ada banyak kaedah merancang mommies boleh cuba bergantung dengan keadaan kesihatan dan keperluan mommies. Macam-macam cara sebenarnya kita boleh rancang keluarga cuma perkara paling utama yang perlu dibuat ialah mommy perlu berjumpa doktor dan bincang kaedah merancang yang sesuai dengan mommy.

kaedah merancang

Selepas itu, barulah mommy boleh pilih kaedah kontraseptif yang sesuai seperti di bawah ini:

  • Pil hormon / kontraseptif
  • Depo (suntikan perancang)
  • Implan
  • IUCD
  • Kondom

1. Pil hormon atau pil kontraseptif

kaedah merancang

Kaedah merancang menggunakan pil menjadi pilihan utama oleh wanita di negara ini. Pil kontraseptif mampu mencegah kehamilan dan ada banyak kebaikannya selain cegah kehamilan.

Anda boleh mula makan pil selepas pastikan anda tidak hamil, terutamanya dalam masa 7 hari pertama pusingan haid. Bagi wanita selepas bersalin, anda boleh mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak bagi yang tidak menyusukan anak manakala jika anda menyusukan anak, mulakan 6 minggu selepas melahirkan anak, menurut myhealth.

Jika anda seorang yang tidak lupa makan ubat ikut jadual, merancang menggunakan kaedah pil perancang amat sesuai untuk anda. Ini kerana anda harus makan pil setiap hari pada waktu yang sama. Doktor akan beri penjelasan lanjut mengenai pil ini sebelum membenarkan anda mengambilnya. Baca jenis, kebaikan dan kesan sampingan pil perancang di sini.

2. Depo (suntikan perancang)

kaedah merancang

Suntikan perancang depo disuntik ke dalam badan melalui lengan anda. Menurut hellodoktor, anda boleh menerima suntikan bila-bila masa sepanjang tempoh haid selagi doktor mengesahkan bahawa anda tidak hamil. Difahamkan, kesan suntikan berkesan selama 12 hingga 14 minggu.

Malah, jika anda dapat suntikan semasa 5 hari pertama haid, ia terus berfungsi serta-merta untuk mencegah kehamilan. Terdapat 2 jenis suntikan depo, iaitu:

  • Depo-Provera
  • Depo-Ralovera

Untuk pengetahuan anda, kedua-dua suntikan di atas mengandungi hormon progestogen versi sintetik.

Setiap suntikan mampu mencegah atau menghentikan ovulasi daripada berlaku pada setiap bulan, mencegah sperma melalui rahim dan bercantum dengan telur dengan cara menebalkan lendir pada pembukaan rahim serta menipiskan lapisan rahim bagi mengelakkan implantasi telur yang disenyawakan.

3. Implan

kaedah merancang

Pernahkah anda dengar kaedah merancang keluarga menggunakan implan? Bagi yang pertama kali mendengar nama kaedah ini, doktor akan memasang implan di bawah lapisan kulit lengan anda.

Anda boleh menggunakan implan sehingga tempoh tiga tahun. Tetapi, anda disarankan untuk tukar awal jika mempunyai berat badan berlebihan.

Menurut doctoroncall, implan berfungsi sebagai kaedah kontraseptif dengan cara mencegah pelepasan sel telur, menghalang sperma bersenyawa dengan menjadikan lendir serviks lebih pekat serta menipiskan lapisan dinding rahim untuk menghalang implantasi telur yang disenyawakan.

Selain itu, anda disaran untuk pasang implan semasa hari pertama hingga kelima haid untuk kesan serta-merta. Jika dipasang pada hari lain dalam kitaran haid anda, ia mungkin tak boleh berfungsi terus dan anda perlu menggunakan kaedah kontraseptif tambahan seperti kondom selama 7 hari pertama selepas implan dipasang.

Kaedah ini mempunyai kadar keberkesanan sehingga 99 peratus jika ia dipasang dengan betul.

4. IUCD

kaedah merancang

IUCD atau nama panjangnya, Intra Uterine Contraceptive Device (IUCD), juga merupakan salah satu kaedah merancang yang mudah dan tahan lama. Menurut myhealth, IUCD menggunakan bahan khas dan mempunyai benang dimasukkan ke dalam rahim melalui faraj semasa haid dan boleh dikeluarkan 3 tahun kemudian.

Kaedah merancang seperti ini berfungsi menghalang sperma masuk ke dalam rahim dan mencegah pelekatan janin pada dinding rahim.

Bagi yang tak tahu, anda boleh pakai IUCD sehingga 3 atau 5 tahun bergantung kepada tempoh yang anda mahu. Setahu penulis, IUCD ada 2 jenis tempoh iaitu 3 dan 5 tahun.

kaedah merancang

Selain itu, anda boleh minta untuk keluarkan IUCD awal jika mahu mengandung lagi dan telah melebihi tempoh 2 tahun dari tarikh bersalin anak terdahulu. Anda boleh baca pengalaman penulis pasang IUCD di sini untuk tahu pengalaman sebenar sebelum dan selepas pakai IUCD.

5. Kondom

kaedah merancang

Kaedah kontraseptif paling popular iaitu kondom, menjadi pilihan ramai kerana ia cepat, mudah digunakan, dan juga murah harganya. Kondom mempunyai dua jenis iaitu untuk lelaki dan wanita.

Menurut myhealth, kondom untuk lelaki merupakan sejenis sarung getah yang menutupi zakar dan mengumpul air mani daripada memasuki faraj. Kebaikan menggunakan kondom adalah ia boleh mencegah anda daripada jangkitan kelamin. Ingat! pastikan kondom tidak terkoyak semasa menggunakannya bagi kesan perlindungan yang efektif.

Bagi kondom untuk wanita pula, ia sejenis sarung plastik dengan gelang fleksibel di bahagian hujung dimasukkan ke dalam faraj. Ia berfungsi dengan cara menutupi keseluruhan saluran faraj untuk mengumpul air mani dan menghalang sperma daripada memasuki faraj. Antara kebaikan kondom wanita ini ialah ia mampu mencegah jangkitan kelamin.

Dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan

Bagi kaedah merancang keluarga dari yang pertama hingga keempat di atas, anda perlulah mendapat nasihat pakar kesihatan sebelum memilih. Ini kerana ada beberapa jenis kaedah merancang tak sesuai kepada mereka yang mempunyai penyakit serius seperti penyakit jantung, diabetes dan sebagainya.

Suka artikel ini? Baca Baru Lepas Bersalin? Nurse Mungkin akan Nasihat Anda Lakukan 5 Perkara Ini dengan Segera dan Kisahku: Postpartum Depression Muncul Selepas Anak Kedua Lahir.