fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, anda akan tahu update terkini mengenai penyakit cacar monyet (Monkeypox) dan cara untuk mengatasinya:

  • Ketahui negara jiran mana yang mempunyai kes terbaru cacar monyet.
  • Buat research mengenai kebaikan jika mengambil vaksin cacar sebelum keluar negara.
  • Kenalpasti simptom-simptom virus tersebut jika anda tidak sihat selepas pulang dari luar negara.
cacar monyet

Sejak virus terbaru, cacar monyet atau dikenali sebagai Monkeypox, melanda dunia baru-baru ni, membuatkan orang ramai lebih peka dengan penjagaan kebersihan diri terutama apabila berada di luar rumah dan berjumpa dengan orang ramai.

Terbaru, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, memberitahu bahawa ciri terkini yang ada di aplikasi MySejahtera membolehkan pengembara datang dari negara dengan kes cacar monyet yang dilaporkan akan dihantar amaran pada aplikasi tersebut.

Menurut kenyataannya di The Star, pengembara akan diingatkan untuk memantau simptom selama 21 hari kerana tempoh inkubasi untuk cacar monyet adalah sehingga tiga minggu berikutan pihak berkuasa mahu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah wabak terbaru itu masuk ke negara ini.

Thailand catat 1 kes Monkeypox

cacar monyet

Terbaru, negara jiran kita, Thailand, mencatatkan satu kes virus berkenaan selepas penumpang sebuah kapal terbang yang transit di negara itu dari Eropah dan menuju ke Australia, menunjukkan simptom-simptom Monkeypox, ujar Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, lapor Utusan.

Pengarah Epidemiologi jabatan itu, Dr Chakkarat Pittawawongon, menjelaskan bahawa penumpang tersebut mempunyai lepuh di muka dan badan dan mempunyai sejarah hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti dalam tempoh 21 hari lepas dan mengembara dari negara yang mempunyai kes jangkitan penyakit tersebut.

Kini, Kementerian Kesihatan Awam Thailand memantau rapi 12 individu yang kini menjalani kuarantin termasuk pramugari dan penumpang yang mungkin terdedah kepada penumpang yang positif cacar monyet itu, lapor Sinar Harian.

“Sehingga kini, kesemua 12 individu itu tidak menunjukkan sebarang gejala sejak tujuh hari lalu. Bagaimanapun, kami akan memantau dengan teliti untuk tempoh dua minggu lagi kerana tempoh inkubasi boleh mencecah hingga 21 hari,” ujar Dr Chakkarat.

Ciri Notifikasi Terbaru MySejahtera Mengenai Monkeypox

cacar monyet
codeblue.galencentre.org

Khairy menjelaskan aplikasi MySejahtera akan dikemas kini supaya penumpang yang datang dari negara cacar monyet endemik atau tidak akan menerima amaran.

Pengembara akan diingatkan untuk memantau simptom selama 21 hari kerana tempoh inkubasi untuk cacar monyet adalah sehingga tiga minggu. Walaupun tiada kes virus ini di Malaysia, ia adalah langkah berjaga-jaga yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mencegah wabak itu.

Vaksin sebelum melancong ke luar negara

cacar monyet

Bagi rakyat negara ini yang mahu melancong ke luar negara dan negara-negara yang mempunyai kes Monkeypox, anda dinasihatkan untuk mengambil vaksin sebelum melancong bagi memastikan anda dilindungi daripada virus itu.

“Garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pengembara mendapatkan vaksin cacar sedia ada yang dikatakan 85 peratus berkesan dalam mencegah cacar monyet. Bagaimanapun, saya tidak pasti (sama ada) ia boleh didapati di klinik kerajaan tetapi di klinik swasta mungkin ada,” ujar pakar kesihatan awam dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Malina Osman di thesundaily.

Jadi, bagi mommy daddy yang perlu ke negara-negara mempunyai kes Monkeypox, seeloknya ambil vaksin sebelum bertolak demi melindungi diri daripada virus terbaru berkenaan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Suka artikel ini? Baca Monkeypox: Ibu bapa di Malaysia perlu risau atau tidak? dan Covid19: Penjelasan Ringkas Untuk Kanak-Kanak.

Author

Comments are closed.