fbpx
Banner

Dah balik rumah baru tahu anak terima duit raya dari orang main judi. Nak pulang balik tapi takut.

Kanak-kanak paling gembira bila dapat kumpul duit raya banyak semasa pergi beraya. Bukan saja dapat duit raya daripada ibu bapa, ahli keluarga dan sanak saudara, malah jiran tetangga juga beri duit raya bila ada kanak-kanak datang beraya di rumah. Apa hukum beri duit raya kepada ahli keluarga? Ini jawapannya.

duit raya dari orang main judi
khalifahmedianetworks.com

Tetapi, apa hukum jika terima duit raya dari orang main judi? Kadangkala terlepas pandang isu ini bila anak pergi beraya bersama rakan-rakan ke rumah jiran yang tidak dikenali. Apa perlu dibuat?

Status orang bagi duit raya kepada anak

duit raya dari orang main judi
okezone.com

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, anda sebagai ibu bapa haruslah menyiasat status atau latar belakang mereka yang memberi duit raya kepada anak anda supaya perkara seperti ini boleh dielakkan. Tahukah anda, apa hukum ibu bapa terdesak hingga terpaksa guna duit simpanan anak?

Judi merupakan perkara yang amat dilarang dalam Islam dan hasil pendapatan daripadanya adalah haram untuk digunakan. Allah SWT berfirman:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.

Surah al-Baqarah (219)

Selain itu, ulama tafsir menerangkan bahawa perbuatan tersebut adalah dosa besar dan akan membawa kepada kelalaian dan perbuatan buruk yang lain seperti meninggalkan solat, tidak mengingati Allah serta maksiat-maksiat yang lain bahkan lebih teruk akan menyebabkan permusuhan dan pembaziran harta.

Allah SWT juga menyamakan perbuatan judi adalah perbuatan kotor lagi keji yang perlu dijauhi manusia. Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ‎

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Surah al-Maidah (90)

Pada hakikatnya, perkataan perbuatan kotor daripada perbuatan syaitan tidaklah menunjukkan hakikat syaitan yang melakukannya tetapi ia bagi menjelaskan bahawa perbuatan-perbuatan tersebut adalah dilarang lagi haram dan perlu dijauhi.

Status duit yang diterima perlu diteliti dengan lebih lanjut sama ada orang tersebut memang pendapatannya sepenuhnya daripada hasil judi ataupun bercampur dengan sumber pendapatan lain yang halal. Ini kerana ulama telah membahagikan harta kepada dua kategori iaitu harta yang haram pada sifatnya (حرام لعينه) dan harta yang haram disebabkan faktor luar (حرام لكسبه) dan hukum bermuamalat dengan kedua jenis harta tersebut adalah berbeza.

Hukum terima duit raya

duit raya dari orang main judi
sinarharian.com.my

Jika orang tersebut tidak menjadikan aktiviti judi sebagai kerjaya tetap, dia mungkin ada pekerjaan lain dan menggunakan hasil pendapatan itu untuk berjudi dan mendapatkan keuntungan dari aktiviti berjudi. Bagi keadaan ini, hukumnya adalah makruh menurut pendapat Imam Nawawi dalam Raudhah al-Tholibin.

مَنْ ‌أَكْثَرُ ‌مَالِهِ ‌حَرَامٌ، كُرِهَتْ إِجَابَتُهُ كَمَا تُكْرَهُ مُعَامَلَتُهُ.

Maksudnya: Sesiapa yang hartanya lebih banyak daripada sumber yang haram, makruh untuk menerima pemberian daripadanya sebagaimana makruh melakukan apa-apa transaksi dengannya.

Walau bagaimanapun, tiada masalah jika anda terima duit raya itu dan anda tak menanggung dosa si pemberi duit raya yang berjudi. Firman Allah SWT:

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا

Maksudnya: Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.

Surah al-An’am (164)

Ayat di atas bermaksud seseorang hanya menanggung dosa atau kesalahan yang dilakukannya sahaja dan dia tidak menanggung dosa atau kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.

Namun, anda tidak boleh reda dengan perbuatannya itu dan disarankan menasihati pemberi duit raya itu untuk menghentikan perbuatan itu dan bertaubat kepada Allah SWT serta cari pendapatan dari sumber yang halal dan baik.

Mahu baca artikel seperti ini? Anda boleh klik sini.

Author

Comments are closed.