fbpx
Banner
Sebelum beli barang bayi, anda mesti banyak membuat window shopping sama ada di pusat membeli-belah atau secara online terutama bagi first-time parents.

Dalam zaman yang serba canggih dan cepat ini, ramai yang selesa membeli barang kelengkapan bayi secara online kerana lebih murah, senang, banyak pilihan dan macam-macam lagi.

Walau bagaimanapun, ada kebaikan dan keburukan membeli barangan bayi di kedai ataupun secara online anda perlu ambil kira sebelum membeli.

Beli barangan bayi di kedai

Beli barang bayi di kedai

Kebaikan

  • Dapat ukur saiz baju/barang bayi dengan lebih tepat.

Mommy daddy boleh mengukur saiz baju bayi dengan lebih tepat jika membelinya di kedai kerana boleh membawa bayi bersama anda. Malah, anda juga dapat melihat saiz barang bayi yang lain dengan lebih jelas contohnya baby cot, tub mandian, tilam dan sebagainya.

  • Dapat lihat kualiti barang dengan lebih teliti.

Salah satu kebaikan membeli barangan bayi di kedai ialah anda dapat melihat dan menilai sendiri kualiti barang dengan lebih teliti. Anda boleh pilih untuk beli atau tidak selepas melihat kualiti barang yang mahu dibeli.

  • Dapat merasa tekstur sebenar.

Apabila membeli sesuatu barang, kita mesti mahu tahu apakah tesktur sebenar barang tersebut. Anda ada kelebihan dapat merasa tekstur barang jika membelinya di kedai.

Antara contoh barang yang mementingkan tekstur sebenar adalah baju bayi, bedung, lampin pakai buang (pampers) dan sebagainya.

  • Dapat buat perbandingan barang.

Bukan itu saja, kita juga dapat membuat perbandingan barang jika mahu membeli barang yang mahal. Dengan cara ini, anda dapat membuat keputusan dengan lebih tepat kerana dapat melihat barang di depan mata.

Keburukan

  • Keluar dari rumah.

Tetapi, antara keburukan membeli barang di kedai adalah anda harus keluar dari rumah untuk pergi ke kedai. Anda menghabiskan tenaga lebih banyak daripada membeli barang secara online.

  • Terpaksa bersesak dengan orang ramai.

Malah, anda juga tiada pilihan selain terpaksa bersesak dengan orang ramai semasa membeli barang. Dalam keadan pandemik Covid19 ini, kita harus elakkan diri daripada pergi ke tempat yang dipenuhi orang, kan?

  • Terpaksa membawa bayi bersama (jika mahu beli baju).

Bayi yang baru lahir amat sensitif dengan suasana persekitarannya. Mereka mungkin terdedah dengan virus berbahaya semasa anda membawa mereka keluar ke kedai.

  • Ambil masa yang lama.

Membeli barang di kedai sebenarnya memakan masa yang lama. Anda memerlukan masa kira-kira satu hingga tiga jam untuk membeli.

  • Bayar tiket parking.

Selain mengeluarkan belanja keperluan bayi, anda harus membayar tiket parking yang hanya akan menambah perbelanjaan anda.

  • Jauh dari rumah.

Kebanyakan kedai barang keperluan bayi berada jauh dari rumah. Kedai paling terdekat mungkin berada dalam lingkungan satu kilometer(km) hingga dua km.

Beli barangan bayi secara “online”

Beli barang bayi secara online

Kebaikan

  • Murah.

Tak dinafikan barang-barang yang dijual secara dalam talian amat murah berbanding barang dijual di kedai. Malah, anda boleh dapat harga serendah RM3 untuk sehelai baju bayi!

  • Cepat.

Kebanyakan barangan bayi boleh dimiliki dalam masa yang singkat jika anda beli daripada seller tempatan. Jika anda bertuah, barang dibeli boleh sampai dalam masa sehari ke rumah anda.

  • Tak perlu keluar rumah.

Antara kebaikan beli barang keperluan bayi secara dalam talian adalah anda tidak perlu keluar rumah. Segala aktiviti berada di hujung jari anda.

  • Banyak promosi jualan.

Setiap bulan kita boleh lihat banyak promosi jualan diiklankan dalam beberapa media sosial popular seperti Facebook dan Instagram.

  • Boleh beli secara “bundle” (banyak) sekaligus.

Kebanyakan ibu bapa lebih gemar membeli pampers dalam kuantiti yang banyak sekaligus kerana harganya lebih murah berbanding di kedai. Malah, anda tak perlu bersusah-payah untuk mengangkat kotak pampers kerana pihak kurier akan menghantar terus ke depan pintu rumah.

  • Banyak pilihan.

Kita boleh lihat sejak kebelakangan ini kebanyakan barang bayi lebih mudah didapati secara online selain banyak pilihan jenama, kualiti dan harga.

Keburukan

  • Salah saiz/jenis barang.

Namun, membeli barang secara dalam talian juga ada keburukannya. Salah saiz baju bayi merupakan salah satu masalah yang sering dialami kerana saiz badan bayi yang berbeza mengikut negara seperti dari negara Asia dan Eropah.

  • Barang rosak.

Ada banyak kemungkinan boleh berlaku semasa penghantaran barang daripada seller kepada anda yang menyebabkan barang rosak apabila diterima.

  • Tak semua barang berkualiti.

Kita sedia maklum bahawa gambar barang yang dipaparkan tidak akan sama 100% dengan realiti yang sebenar. Mungkin ada barang yang kelihatan tahan lasak, tetapi sebenarnya mudah patah.

  • Lambat dapat (jika beli dari luar negara).

Walaupun harganya murah, penghantaran barang daripada seller luar negara memakan masa hampir sebulan untuk ia sampai ke tangan anda.

Kesimpulannya, ada banyak kebaikan dan keburukannya membeli di kedai atau secara online. Anda yang tentukan apa cara yang sesuai untuk membeli kelengkapan bayi mengikut keperluan anda. Tepuk dada, tanya selera.

Author

Comments are closed.