fbpx
Banner

Anak pun enjoy makan nasi goreng cina tau dan masih tiada garam atau gula digunakan.

Bila mommy dah cuba pelbagai resepi untuk si manja, kadang-kadang dah habis idea nak masak apa terutama bila anak taknak makan. Antara punca anak tiba-tiba kurang makan adalah disebabkan fasa tumbuh gigi, mahu tukar tekstur makanan atau bosan dengan makanan sama. Kalau anak dalam fasa taknak makan nasi, mommy cuba buat bergedil versi lengkap nutrisi.

Resepi nasi goreng cina simple tapi sedap

@gayasurimy Paling penting, kena letak minyak bijan baru jadi nasi goreng cina 😁 Bahan: Bawang merah Bawang putih Telur Udang (3-5 ekor ikut saiz) Sayur bayam Carrot 1 ts minyak bijan Nasi putih Cara masak: – Goreng telur dulu. Hancurkan dan ketepikan. – Goreng udang hingga masak. Ketepikan. – Tumis bawang guna minyak sama. Masukkan carrot sekali. – Masukkan nasi. Ratakan nasi hingga sebati. – Masukkan sayur bayam & sedikit minyak bijan. – Masukkan telur, isi udang digoreng awal tadi & tabur daun bawang. Siap! #fyp ♬ Cute and fun food – zomap

Memang cepat siap bila buat nasi goreng untuk si manja tersayang, tapi mommy jangan lupa letak bahan “rahsia” ni tau. Tak lengkap nasi goreng cina tanpa minyak bijan. Terasa perbezaan yang ketara bila letak minyak bijan tau. Mommy boleh tambah udang jika anak sudah lulus ujian makanan laut untuk elakkan alergi. Kalau dah lambat nak keluar atau pergi kerja, mommy buat nasi goreng cina je untuk bekal anak. Lengkap dengan khasiat selain menyelerakan. Anak suka makan pasta? Jom buat mac and cheese ni mommy.

Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Telur
Udang (3-5 ekor ikut saiz)
Sayur bayam
Carrot
1 ts minyak bijan
Nasi putih

Cara masak:
– Goreng telur dulu. Hancurkan dan ketepikan.
– Goreng udang hingga masak. Ketepikan.
– Tumis bawang guna minyak sama. Masukkan carrot sekali.
– Masukkan nasi. Ratakan nasi hingga sebati.
– Masukkan sayur bayam & sedikit minyak bijan.
– Masukkan telur, isi udang digoreng awal tadi & tabur daun bawang. Siap!

Nak cuba resepi lain? Mommy klik sini untuk pelbagai resepi untuk bayi dan juga kanak-kanak. Mesti anak berselera makan!

Author

Comments are closed.