fbpx
Banner

Kadang-kadang suami tak faham keadaan mommy tengah sarat pun boleh buat stres dan naik darah tinggi ketika hamil.

Penyakit hipertensi atau darah tinggi ketika hamil adalah amat berbahaya untuk anda dan bayi dikandung. Menurut MyHealth, hipertensi akibat mengandung terjadi di kalangan lima hingga 10 peratus wanita hamil dan mungkin lebih tinggi di kalangan penduduk Asia oleh kerana faktor genetik. Hipertensi semasa mengandung adalah lebih kerap berlaku semasa kandungan pertama iaitu sehingga 25 peratus.

darah tinggi ketika hamil
insider.com

Ramai wanita hamil tak sedar mereka menghidap penyakit darah tinggi sehinggalah mereka membuat pemeriksaan kesihatan semasa pemeriksaan kehamilan. Mesti risau kan kalau terkena penyakit ni lebih-lebih lagi bila tak tahu punca penyakit.

Nak tahu simptom hamil macam mana? Ini jenis-jenis simptom hamil yang anda selalu terlepas pandang.

Punca darah tinggi

darah tinggi ketika hamil
theasianparent.com

Mommy-to-be sila ambil perhatian ya, penyakit darah tinggi ketika hamil memerlukan pemerhatian serta rawatan yang rapi.

Biasanya, darah tinggi semasa hamil berlaku pada separuh kedua kehamilan sehingga enam minggu selepas bersalin. Selalu berasa nak pitam semasa hamil? Anda mungkin mengalami kekurangan HB (hemoglobin) dalam badan.

Punca sebenar bagi penyakit ini masih belum diketahui, tetapi faktor genetik turut dikaitkan dengan darah tinggi. Anda harus kenalpasti jika keluarga ada sejarah mengalami darah tinggi ketika hamil di kalangan ahli keluarga sama ada sebelah ibu atau pun adik-beradik kerana ia boleh meningkatkan risiko antara 20 peratus hingga 40 peratus.

Selain itu, faktor obstetrik juga boleh menyumbang kepada penyakit ini jika anda:

  • Primigravida (hamil anak pertama dua tiga kali ganda lebih tinggi risiko)
  • Hamil bayi kembar
  • Sejarah pra-eklampsia kehamilan dulu
  • Jarak hamil terlalu jauh
  • Penyakit Hydrops (uri besar)
  • Kandungan molar

Kesan terhadap ibu dan bayi kandungan

Anda berisiko tinggi mengalami Pra-eklampsia atau Eklampsia (sawan) yang boleh menyebabkan:

  • Kerosakan otak,
  • Masalah buah pinggang,
  • Masalah pendarahan
  • Kemudaratan kepada bayi dalam kandungan

Cara atasi

darah tinggi ketika hamil
theasianparent.com

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Changlun, Kedah, Dr Nur Atikah Che Elliaziz, menjelaskan bahawa tak semua ibu hamil diberi ubat jika mengalami darah tinggi. Ibu hamil mengalami tekanan darah melebihi atau sama dengan 150/100 mmHg baru akan diberi ubat untuk menurunkan tekanan darah, lapor Sinar Plus.

Anda perlu berbincang dengan doktor untuk ketahui cara terbaik untuk atasi penyakit ini kerana nasihat doktor amat penting bagi memilih cara sesuai mengikut masalah kesihatan anda.

Nak tahu macam-macam info mengenai kehamilan? Mommy klik sini ya.

Author

Comments are closed.