fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, anda akan tahu perbezaan antara penyakit HFMD dan Monkeypox:

  • Kenalpasti simptom kedua-dua penyakit yang berbeza.
  • Jumpa doktor dengan segera jika anak menunjukkan simptom-simptom berkenaan.
  • Kuarantin atau asingkan anak jika bergejala.

Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease) dan virus Monkeypox semakin hangat diperkatakan gara-gara kes melibatkan kanak-kanak di negara ini melonjak tinggi sehingga melebihi 82,000 kes sehingga tarikh 4 Jun lalu.

Punca penyakit HFMD

HFMD

Punca penyakit yang menular dalam kalangan kanak-kanak ini adalah disebabkan oleh virus enterovirus. Ia mudah dijangkiti terutama apabila kanak-kanak dijangkiti tidak diasingkan dan berkongsi makanan serta alat mainan bersama kanak-kanak lain.

Simptom HFMD

HFMD

Menurut pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara simptom-simptom bagi kanak-kanak dijangkiti HFMD ialah:

  • Demam
  • Ulser di tekak, mulut dan lidah
  • Hilang selera makan
  • Ruam
  • Lepuh pada tangan, kaki dan kawasan lampin

Bagaimana HFMD boleh berjangkit kepada orang lain?

Penyakit ini mudah berjangkit apabila individu tersebut tak mengamalkan kebersihan contohnya jarang membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan banyak lagi seperti:

  • Sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur, najis dan cecair dari lepuhan.
  • Berkongsi alat mainan.
  • Menyentuh permukaan yang mempunyai lelehan daripada individu bergejala.
  • Tidak kuarantin.

Apa itu virus Monkeypox?

HFMD

Virus cacar monyet boleh berjangkit kepada semua peringkat umur dan tempoh inkubasi juga lebih lama daripada Covid19 dan HFMD iaitu sehingga 21 hari. Oleh itu, pesakit dinasihatkan supaya menjalani kuarantin jika mempunyai simptom-simptom cacar monyet.

Menurut media sosial Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, @KKMPutrajaya, Monkeypox atau cacar monyet merupakan virus yang ditularkan kepada manusia melalui:

  • Gigitan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan, atau luka haiwan yang dijangkiti.
  • Melalui titisan pernafasan jika kontak bersemuka dalam masa yang lama.
  • Kontak langsung dengan cecair daripada ruam makulopapular di badan orang dijangkiti atau objek tercemar dengan virus tersebut seperti tempat tidur atau pakaian.

Simptom Monkeypox

HFMD

Antara simptom-simptom Monkeypox yang anda perlu awasi adalah:

  • Ruam makulopapular (muncul di muka, tapak tangan, tapak kaki dan seterusnya di bahagian badan yang lain.
  • Demam
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Lenguh tubuh badan
  • Sakit belakang badan atau sendi
  • Kejang otot
  • Pembengkakan kelenjar limfa

Sukar berjangkit dengan manusia

HFMD

Virus Monkeypox sukar untuk berjangkit daripada manusia kepada manusia, menurut Harian Metro. Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohammad, berkata bahawa risiko jangkitan virus ini untuk menular kepada orang awam adalah sangat rendah berbanding Covid19 dan HFMD.

“Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan individu yang mempunyai tahap immuniti rendah mempunyai risiko dengan gejala lebih serius dan boleh membawa maut sekiranya dijangkiti Monkeypox,” tambahnya.

Mommy daddy diingatkan supaya menjaga kebersihan di rumah dan terhadap anak-anak supaya terhindar daripada penyakit-penyakit berbahaya. Kebersihan merupakan aspek penting untuk kita lindungi diri dan anak-anak tidak kira di mana sahaja kita berada. Jangan ambil ringan perkara di atas tau!

Suka artikel ini? Baca Monkeypox: Ibu bapa di Malaysia perlu risau atau tidak? dan Monkeypox II: Perkembangan terkini cacar monyet & ini 1 langkah penting perlu diambil untuk elak dijangkiti.

Author

Comments are closed.