fbpx
Banner

Jangan risau, resepi rendang ayam ni tak pedas dan sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas ye.

Rendang ayam merupakan masakan wajib bagi orang Melayu yang meraikan Hari Raya Aidilfitri. Rasanya lemak manis pedas menggamit nostalgia bagi sesiapa yang menikmatinya pada pagi raya. Sebagai seorang mommy, kita mesti nak anak cucu menikmati juadah tradisional tapi tak tahu bagaimana nak masak untuk anak bawah umur dua tahun kerana perlu ubah resepi mengikut kesesuaian umur mereka. Bukan rendang ayam

Resepi rendang ayam yang ditunggu-tunggu:

Resepi rendang ayam

@gayasurimy Baby pun boleh makan rendang tauuu. Bahan bahan pun senang cari. Selamat mencuba! ❤️ Bahan: 1 batang serai (diketuk) Bawang merah* (kisar) Bawang putih* (kisar) Kunyit hidup* (kisar) Ayam 1 ts kerisik 1 ts tomato Sedikit daun kunyit Sedikit serbuk ikan bilis 1/2 cawan santan #fyp #fypシ #foryoupage #gayasuri #babyfoodrecipes #resepirendang #resepirendangayam ♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza

Mommies zaman sekarang ada banyak awareness mengenai makanan tanpa gula dan garam bagi bayi berumur bawah dua tahun. Disebabkan itu, ada banyak resepi dikongsikan oleh mommies di sosial media.

Selain rendang ayam, mommy boleh cuba resepi kuah lodeh sementara kita masih dalam mood raya ni. Apa yang penting, bahan yang digunakan berkhasiat untuk si manja tersayang. Peminat kuah kacang? Jika anak sudah pass ujian alergi kacang, mommy boleh masak kuah kacang dan boleh dimakan bersama nasi impit atau sate ayam.

Bahan-bahan:
1 batang serai (diketuk)
Bawang merah* (kisar)
Bawang putih* (kisar)
Kunyit hidup* (kisar)
Ayam
1 ts kerisik
1 ts tomato
Sedikit daun kunyit
Sedikit serbuk ikan bilis
1/2 cawan santan

Cara masak:

  • Tumis bahan kisar dengan minyak atau tanpa minyak.
  • Masukkan serai yang telah diketuk. 
  • Bila bahan kisar dah separuh masak atau mendidih, masukkan isi ayam dan tomato. 
  • Kemudian, masukkan air. 
  • Masukkan santan bila air dah mendidih. Kacau selalu supaya santan tak berketul. 
  • Masukkan daun kunyit dan serbuk ikan bilis.
  • Masukkan kerisik. 
  • Masak hingga kuah kering sedikit atau jika suka berkuah, mommy dah boleh hidang kepada bayi.
  • Selamat mencuba! 🙂 

Suka resepi bayi seperti di atas? Mommy klik sini dan cubalah koleksi resepi kami.

Author

Comments are closed.