fbpx
Banner

Dah cuba puasa tapi gastrik makin teruk pulak. Teringin puasa penuh tahun ni.

Sudah seminggu lebih kita mula berpuasa di bulan Ramadan, macam mana puasa bagi mereka yang mengalami gastrik? Mesti ada yang alami gastrik agak teruk di awal puasa. Bagi yang masih alami simptom gastrik, kami kongsikan beberapa tips ini yang boleh membantu anda berpuasa dengan tenang.

gastrik
hellodoktor.com

Bagi seorang yang pernah mengalami gastrik, Iffah, berkongsi beberapa tips berpuasa bagi mereka yang mengalami gastrik di akaun Twitter miliknya, beberapa tahun lepas. Bukan mudah untuk seseorang mengalami gastrik untuk berpuasa di bulan Ramadan, tetapi anda boleh lakukannya jika ikut tips yang sesuai dengan anda.

Jangan risau jika anda ada tertinggal puasa pada tahun ni atas sebab-sebab tertentu, ini tips ganti puasa dengan mudah.

1. Kunyah makanan lebih lama

Kunyah makanan lebih lama ada banyak kebaikan untuk anda. Perut akan lebih mudah hadam makanan dan mempercepatkan proses penghadaman. Jika dalam Islam, lebih afdal mengunyah makanan sebanyak 44 kali mengikut sunnah nabi.

2. Elakkan makanan buat perut berangin

Cuba elakkan makanan yang boleh buat perut berangin. Bagi sesetengah orang, santan boleh membuatkan perut mereka bermasalah. Contoh, perut penulis cepat meragam jika makan timun. Jadi, elakkan makanan yang boleh buat perut anda sakit di siang hari supaya dapat kurangkan simptom gastrik.

3. Ambil makanan tambahan seperti probiotik

gastrik
news-medical.net

Perut menjadi semakin sensitif terutama bila mula-mula berpuasa, seeloknya anda cari makanan tambahan seperti prebiotik dan probiotik. Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang bagus untuk usus, manakala prebiotik adalah makanan kepada probiotik. Antara kebaikan mengambil probiotik adalah ia membantu penghadaman dengan lebih baik dan seimbangkan bakteria baik dan bakteria jahat di dalam usus.

4. Elak produk tenusu

Jika perut anda sering sakit selepas makan produk tenusu, apa kata bulan Ramadan ini anda cuba elakkan produk tenusu supaya perut tak meragam semasa berpuasa. Ada sesetengah orang mempunyai alahan terhadap produk tenusu tetapi tidak menyedarinya.

5. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran semasa sahur dan berbuka puasa bagi mengelakkan gastrik. Antara buah-buahan bagus untuk mereka yang mengalami gastrik ialah buah epal, pir, tembikai susu, buah naga dan banyak lagi tetapi elakkan buah berasid seperti oren.

6. Kerap minum air kosong

Banyakkan minum air kosong pada waktu malam supaya anda kekal hidrasi semasa berpuasa. Badan memerlukan air yang cukup terutama semasa berpuasa kerana kita tidak boleh makan dan minum di siang hari.

7. Elak makanan diperbuat daripada gluten

Makanan yang diperbuat daripada gluten sebenarnya mengambil masa lama untuk dihadam serta boleh mengakibatkan gastrik. Oleh itu, elakkan makanan seperti roti, mee, pasta dan makanan diperbuat daripada tepung untuk sementara waktu. Makan oat atau nasi semasa sahur lebih sihat berbanding makanan berasaskan gluten.

8. Elak atau kurangkan makanan bergoreng

Makanan bergoreng akan membuatkan asid refluks jika anda mengalami gastrik yang sangat teruk. Malah, makanan pedas juga boleh membuatkan perut meragam. Cuba kurang atau elakkan terus supaya perut anda boleh ‘berehat’ dan menjadi lebih sihat semasa bulan Ramadan ini.

9. Elak makanan diperam (fermented food)

gastrik
stanford.edu

Selain itu, makanan diperam juga tidak elok untuk perut terutama bagi pesakit gastrik kerana mempunyai kadar asid yang tinggi. Makanan segar lebih berkhasiat dan mudah untuk perut hadam selain mengurangkan simptom gastrik.

10. Makan ubat ikut saranan doktor

gastrik
hellodoktor.com

Jika anda perlu makan ubat gastrik semasa dalam bulan Ramadan, makan ikut saranan doktor contohnya semasa sahur dan buka puasa. Jangan miss makan ubat hanya kerana anda berpuasa. Harus makan ubat ikut jadual jika mahu kurangkan gastrik tau.

Mahu baca artikel selanjutnya mengenai kesihatan? Klik sini tauuu. Jika anda seorang ibu, ini tips untuk boost susu badan semasa puasa.

Author

Comments are closed.