fbpx
Banner

Ingatkan demam biasa tapi rupanya simptom hamil. Ada banyak simptom hamil mommy tak perasan kalau tak periksa betul-betul.

Setiap wanita mempunyai simptom hamil yang berbeza mengikut individu. Ada yang mula dengan demam, muntah atau badan berasa terlampau letih dan sebagainya pada trimester pertama. Tetapi, ada juga yang tiada mengalami simptom langsung dan tiba-tiba hamil.

simptom hamil

Kadangkala terasa badan ada perubahan tetapi musykil betul ke ini simptom hamil atau perubahan normal untuk kitaran haid seterusnya, mungkin anda boleh ambil serius jika mengalami beberapa simptom seperti di bawah ini terutama bagi mereka yang pertama kali bakal menjadi mommy.

Demam

simptom hamil
aboutislam.net

Demam merupakan antara simptom terawal yang berlaku kepada ibu hamil. Selalunya, demam yang dialami sama seperti demam biasa dan berakhir selepas beberapa hari. Ada juga mommy lain mengalami demam berpanjangan sebelum ketahui mereka sebenarnya hamil.

Selain itu, ada juga mengalami muntah-muntah sehingga badan terasa lemah tak bermaya. Trimester pertama sememangnya mencabar dengan muntah dan sensitif terhadap bau. Kalau anda tiba-tiba mual bila bau sesuatu, cubalah buat ujian kehamilan atau pergi ke klinik untuk kepastian.

Perubahan emosi

simptom hamil
npr.org

Simptom ini sedikit sama seperti simptom kedatangan haid tetapi lebih mendalam. Perubahan emosi yang mendadak membuatkan anda sedikit keliru dan sukar mengawal emosi. Perubahan emosi ini juga dikaitkan dengan perubahan hormon semasa hamil. Anda boleh buat ujian kehamilan jika mengalami simptom ini selepas haid lewat beberapa hari.

Perubahan selera makan

simptom hamil
cypressgreen.in

Bagi pengalaman peribadi penulis, trimester pertama sudah ada perubahan selera makan yang sangat berbeza iaitu terasa lapar sehingga perut pedih. Biasanya situasi ni terjadi semasa penulis hamil atau menyusu anak. Dari situ terdetik nak buat ujian kehamilan dan ya, keputusan ujian juga menunjukkan penulis positif hamil.

Sakit payudara

Menurut Hello Doktor, payudara menjadi semakin sensitif dan sakit bila hamil serta bahagian areola menjadi semakin gelap. Ini disebabkan oleh perubahan hormon progesterone. Malah, ada juga mengalami bengkak payudara di awal dan akhir kehamilan.

Kerap buang air kecil

Simptom hamil yang selalu dialami oleh wanita tetapi sukar untuk dikesan ialah kerap buang air kecil. Anda akan rasa lebih kerap terjaga di tengah malam untuk ke tandas walaupun sudah pergi setengah jam yang lalu.

Jangan risau! Ianya normal bagi wanita hamil kerana bahagian rahim memberi tekanan kepada bahagian pundi kencing seterusnya membuatkan buah pinggang anda proses urin dengan lebih kerap.

Sentiasa letih / kerap tidur

simptom hamil
abc-cdn.net.au

Ramai wanita tak perasan mereka hamil apabila mengalami simptom sentiasa letih atau kerap tidur. Mereka menganggap ianya kerana terlalu banyak kerja atau terlampau sibuk dengan rutin harian seperti buat kerja rumah, menjaga anak dan memasak. Anda akan sentiasa berasa letih atau kerap tidur apabila hamil kerana badan anda sedang mengalami perubahan hormon hamil.

Jika anda sedang hamil dan selalu rasa nak pitam, segera berjumpa doktor kerana anda berkemungkinan kurang HB (hemoglobin) dan ini sangat bahaya untuk anda dan bayi dalam kandungan.

Tidak datang haid

simptom hamil

Simptom paling utama, tidak datang haid merupakan indikasi pertama anda lalui. Haid lewat beberapa hari? Anda boleh cuba buat ujian kehamilan atau terus berjumpa doktor. Jika kitaran haid anda normal, lewat beberapa hari berkemungkinan besar anda hamil. Ada juga mengalami sedikit pendarahan atau spotting berwarna merah cair atau pink.

Namun, ada banyak sebab mengapa anda tidak datang haid. Ia mungkin disebabkan oleh hormon, stres, perubahan berat badan dan sebagainya. Dapatkan nasihat doktor mengenai masalah ini dengan segera tau.

Anda boleh segera buat ujian kehamilan jika mengalami simptom-simptom kehamilan di atas terutama bagi mereka yang sedang TTC (Trying To Conceive). Ada beberapa jenis makanan sihat untuk mereka yang sedang TTC tau.

Nak baca artikel mengenai kehamilan? Klik sini tau.

Author

Comments are closed.