fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, mommies akan lebih faham cara tambah supply susu dalam bulan Ramadan:

  • Jenis makanan yang tepat untuk dimakan semasa sahur.
  • Minum minuman sesuai untuk tambah susu sepanjang Ramadan.
  • Sentiasa positif dan gembira untuk memastikan supply susu berterusan.

Bagi ibu menyusu, perkara membimbangkan bagi mereka apabila tiba bulan Ramadan ialah jika mereka dapat membekalkan susu yang mencukupi kepada si manja semasa menjalani ibadah puasa.

milk booster

Antara cara yang efektif bagi memastikan supply susu cukup untuk memenuhi demand si kecil, mommy boleh cuba milk booster semulajadi yang boleh dijadikan sebagai makanan dan minuman harian mommy sepanjang bulan puasa ini. Antara makanan dan minuman boleh menjadi milk booster mommy ialah:

  • Kurma
  • Lobak putih
  • Sawi
  • Barli
  • Horlicks

Kurma

milk booster

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah. Malah, kita selalu makan kurma semasa berbuka puasa dan bersahur. Kurma mempunyai banyak khasiat dan salah satunya menjadi milk booster untuk ibu menyusu.

Selain makan kurma begitu sahaja, mommy boleh cuba buat air nabeez (air rendaman kurma) untuk diminum semasa sahur ataupun buat susu kurma. Ramai mommies akui kurma sangat membantu menjadi milk booster mereka. Cubalah!

Lobak putih

milk booster

Teringat masa dalam pantang, sup lobak putih menjadi kegemaran penulis dan membantu ‘meriahkan’ susu. Selain dimasak, mommy juga boleh cuba buat jus lobak putih.

Mungkin rasanya tidak berapa enak, tetapi ia boleh menjadi milk booster mommy sepanjang Ramadan. Sayur ini mempunyai banyak khasiat dan vitamin yang bagus untuk mommy. Jika tak pernah makan, inilah masanya untuk mommy cuba makan dan nikmati kelebihannya.

Sawi

milk booster

Walaupun pahit, sawi merupakan sayur yang banyak membantu ibu menyusu. Puasa sepanjang hari sememangnya meletihkan bagi ibu menyusu kerana kita membakar kalori lebih dari biasa. Usah risau, mommy hanya perlu lebihkan makan sayur seperti sawi semasa sahur untuk pastikan badan lebih bertenaga.

Jika anda kehabisan sayur lain atau sukar mencari sayur seperti lobak putih, anda boleh makan sawi setiap hari dan boleh mempelbagaikan masakan seperti sup sayur, sayur goreng dan juga nasi goreng. Rasanya tidaklah terlalu pahit sehingga sukar untuk ditelan.

Barli

milk booster

Barli merupakan air minuman yang sangat bagus untuk bakal ibu dan juga ibu menyusu. Selain menyejukkan badan, barli juga boleh menjadi milk booster mommy sepanjang bulan puasa. Jika sebelum ini mommy tak pernah minum barli sebagai milk booster, ini masa yang sesuai untuk cuba minum dan mungkin ia serasi dengan mommy dan susu menjadi meriah.

Selain itu, barli juga minuman yang bagus diamalkan setiap hari sepanjang Ramadan kerana ia tidak manis dan banyak khasiatnya. Lebih sihat minum air barli daripada minum minuman manis semasa berbuka, kan?

Horlicks

milk booster

Horlicks sememangnya popular dalam kalangan ibu menyusu. Bukan saja mengenyangkan, ia juga membantu ibu menyusu menambah bekalan susu secara semulajadi. Tak dinafikan harganya sedikit mahal berbanding minuman lain, tetapi khasiatnya sangat penting untuk mommy.

Mommy boleh cuba bersahur dengan Horlicks untuk memberi tenaga seterusnya membantu untuk supply and demand susu si manja. Malah, Horlicks kini ada variasi bijirin yang mengenyangkan untuk mommy.

Punca susu badan berkurangan

milk booster

Perlu diingatkan, menurut bidadari.my, mommy juga perlu sentiasa berfikiran positif kerana terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan supply susu berkurangan iaitu:

  • Stress
  • Bayi kurang menyusu
  • Kurang minum air
  • On medication
  • Makan makanan kurang berkhasiat
milk booster

Kesimpulannya, mommies perlu mengambil berat mengenai pemakanan dan juga harus menjaga perasaan mommy supaya supply susu tidak berkurangan sepanjang Ramadan. Ia satu tanggungjawab yang berat untuk dipikul, namun hilang segala penat lelah apabila melihat si manja membesar dengan sihat dan gembira.

Suka artikel ini? Baca 3 Tips Kekal Bertenaga Walaupun Menyusu Anak Semasa Puasa dan Tips memilih juadah berbuka puasa yang lebih sihat.

Author

Comments are closed.