fbpx
Banner

Biasanya, kita sering ternampak banyak artikel di Internet tentang apa yang tak sesuai dikatakan kepada ibubapa baru. Tapi, bagaimana jika anda mahu melawat rakan yang baru melahirkan dan tidak pasti pula apa yang boleh dikatakan?

Pengalaman melahirkan boleh menjadi sesuatu yang emosional untuk ibubapa baru. Dengannya, datang pelbagai perasaan yang bercampur baur, seperti kegembiraan, kebanggaan, kerisauan dan tidak cukup tidur. Ini ada beberapa perkara yang boleh anda katakan sebagai sokongan kepada mereka:

1) “Awak nampak OK dan berseri je!

Seorang ibu baru tentunya merasa sedikit tidak selesa, selekeh dan kegusaran setelah baru melahirkan, jadi tenangkan hatinya dengan memberikan kata-kata yang boleh menggembirakan hatinya.

2) “Awak nak kirim apa-apa? Saya boleh belikan”

Bukan mudah untuk seorang ibu dalam pantang untuk keluar dan melakukan pelbagai tugasan harian bersama bayi baru. Jadi, cuba tanya jika ada apa-apa yang anda boleh belikan untuknya seperti membeli barang dapur atau barangan keperluan harian.

3) “Nak makan apa-apa?”

Ibubapa baru mungkin terlalu sibuk beradaptasi dengan rutin baru, kadangkala sampai tak tahu nak makan apa. Cuba bawa makanan kegemaran mereka. Anda tentu lebih dihargai!

4) “Jangan risau, awak sedang lakukan yang terbaik!”

Seorang ibu atau bapa baru mungkin merasa sedikit gusar mengenai tanggungjawab baru mereka. Kita semua tahu ia suatu proses pembelajaran yang mencabar! Teruskan memberi sokongan dengan memberikan kata-kata semangat seperti di atas.

5) “Boleh je!”

Cuba lakukan apa sahaja yang sesuai untuk mereka untuk memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan rutin dan kehidupan yang baru. Apa saja pun boleh, seperti tolong pegang bayi sementara mamanya mandi atau tidur, membuang sampah dan banyak lagi!


Artikel ini pertama kali diterbitkan di www.makchic.com dan telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Terjemahan dan olahan oleh : Ayuni A. 

Author

Comments are closed.