fbpx
Banner

Sejak dua tahun kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia mengalami kemurungan akibat tekanan hidup.

Ada yang kehilangan kerja, kematian orang tersayang akibat wabak Covid19, masalah kewangan, masalah keluarga dan banyak lagi. Malah, kes bunuh diri dan bunuh ahli keluarga akibat masalah hidup juga semakin meningkat.

Kes kemurungan semakin meningkat

kemurungan

Kemurungan adalah salah satu penyakit mental yang boleh meragut nyawa anda jika tidak segera mendapatkan rawatan. Ia juga boleh memberi kesan terhadap kualiti hidup, hubungan suami isteri, kekeluargaan, persahabatan serta kualiti kerja semakin menurun. Difahamkan, golongan wanita lebih ramai menghidap depresi berbanding golongan lelaki.

kemurungan

Kadangkala, kita tak perasan seseorang mengalami kemurungan atau depresi kerana luarannya mereka kelihatan gembira, boleh berkomunikasi dengan baik, bergaul dengan orang ramai dan boleh bergelak ketawa seperti biasa.

Walaupun begitu, anda boleh periksa simptom-simptom kemurungan di sini. Boleh dikatakan golongan mommies turut selalu depresi atas beberapa faktor.

Kongsi masalah dengan orang dipercayai (pasangan, ahli keluarga, rakan terdekat, talian kasih)

kemurungan

Golongan wanita sering dianggap pandai multi-task dan perlu menggalas tanggungjawab yang banyak pada satu-satu masa, seterusnya membuatkan mereka lebih berisiko mengalami kemurungan berbanding lelaki.

Jika anda rasa terbeban dengan pelbagai masalah, kongsilah dengan orang dipercayai seperti pasangan, ahli keluarga, rakan terdekat atau hubungi talian kasih. Kini, anda boleh mesej talian kasih di aplikasi WhatsApp atau Telegram jika malu untuk telefon, menurut Utusan Malaysia.

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392; Talian Kasih 15999 / Whatsapp Talian Kasih di 019-2615999 (bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumah tangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan); KSK-Care JAKIM di Whatsapp 0111-9598214 dan Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929,” ujar Kaunselor Berdaftar Penyelaras Pusat Kaunseling Selangor, Rinatho Nunchi.

Banyakkan aktiviti fizikal / senaman

kemurungan

Lakukan aktiviti yang melibatkan fizikal anda seperti senaman. Selain menyihatkan, senaman juga membantu anda mengurangkan kemurungan kerana ia membebaskan hormon endorfin (gembira) selain dapat mengalih perhatian minda daripada sentiasa berfikir mengenai masalah anda, menurut HelloDoktor.

Jaga pemakanan

kemurungan

Untuk pengetahuan anda, minda dan perut sebenarnya saling berkaitan. Jika anda mempunyai masalah, perut juga akan mengalami masalah penghadaman. Disebabkan itu, cuba tukar menu makanan seharian anda dan rasa sendiri perubahan diri anda.

Selain menyihatkan, anda juga dapat atasi masalah penghadaman secara tidak langsung. Makan makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, jaga portion makanan, berhenti makan makanan dan minuman bergula serta guna kaedah memasak rebus, goreng tanpa minyak dan kukus untuk rutin harian makanan anda.

Tulis diari / jurnal

kemurungan

Jika anda malu untuk kongsi masalah dengan orang lain, apa kata cuba tulis diari atau jurnal supaya apa yang dipendam di hati boleh diluahkan di dalam diari anda. Satu hari nanti anda boleh baca kembali diari dan tersenyum kerana dapat mengatasi kemurungan yang dihadapi. Fighting!

Jaga waktu tidur

kemurungan

Kemurungan membuatkan seseorang itu sukar untuk tidur dan ada juga tidur berlebihan. Jika anda mengalami masalah sukar tidur, cuba jaga waktu tidur secara konsisten setiap hari. Mungkin agak sukar pada mulanya, tetapi anda kena yakin dan akan dapat kembali beauty sleep seperti dulu.

Pastikan anda aktif sepanjang hari dan tetapkan waktu untuk masuk tidur, suasana bilik yang selesa, pasang muzik yang menenangkan seperti bunyi air hujan atau lullaby dan anda sudah bersedia untuk tidur. Goodnight!

You are not alone

kemurungan

Kami ada mengenali beberapa individu yang sedang mengalami kemurungan seperti anda dan sedang berjuang untuk ‘keluar’ dari penyakit tersebut. Ada juga di antara kita yang sedang battle secara diam-diam tanpa pengetahuan orang lain, jadi anda usah rasa risau dan berputus asa because you are not alone.

Ini langkah-langkah perlu dibuat jika anda perlukan rawatan kesihatan mental di hospital / klinik

kemurungan

Merujuk infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di atas, ini adalah langkah-langkah yang boleh diambil jika anda memerlukan rawatan daripada hospital:

  • Pergi ke Klinik Kesihatan (KK) dan berjumpa dengan Pakar Perubatan Keluarga & Pegawai Perubatan untuk surat rujukan bagi rawatan lanjut di hospital.
  • Kemudian, anda boleh terus pergi ke hospital kerajaan berdekatan dan gunakan surat rujukan yang diberikan oleh KK atau klinik swasta untuk mendapatkan tarikh temujanji.
  • Datang ke hospital pada tarikh temujanji yang ditetapkan.

Semoga perkongsian kami dapat membantu anda yang sedang mengalami kemurungan, berseorangan dan rasa hopeless tanpa bantuan sesiapa. Penulis berharap anda kembali sihat seperti biasa dan boleh menjalani kehidupan dengan lebih gembira dan tenang.

Mahu baca artikel lain berkaitan kehidupan? Jangan lupa klik sini tau!

Author

Comments are closed.