fbpx
Banner

Ramai yang buntu bila mencari idea aktiviti eratkan hubungan kekeluargaan kerana sudah terbiasa buat hal masing-masing.

eratkan hubungan kekeluargaan

“Apa sahaja aktiviti yang memerlukan pembabitan semua ahli keluarga akan membawa manfaat kepada hubungan kekeluargaan, termasuklah berkhemah. Bukan sahaja keseronokan, malah kesukaran dan cabaran juga dapat membentuk perkaitan yang utuh antara ibu bapa dan anak sekiranya ia ditangani dan diuruskan dengan baik,” ujar Perunding Keibubapaan, Noor Afidah Abu Bakar, di Harian Metro.

Dalam zaman pandemik Covid19, tidak banyak aktiviti boleh dilakukan bersama ahli keluarga terutama aktiviti di luar rumah. Oleh itu, apa kata anda cuba aktiviti indoor pula untuk eratkan hubungan kekeluargaan anda?

Menonton filem

eratkan hubungan kekeluargaan

Jika ada masa terluang pada hujung minggu, anda boleh mengajak seluruh ahli keluarga yang tinggal sebumbung menonton filem terbaru di televisyen seperti di Netflix. Boleh rancang awal mengenai filem apa yang mahu ditonton dan waktu yang sesuai untuk semua ahli keluarga berkumpul.

Pilih cerita yang disetujui ramai dan pastikan genre sesuai untuk seisi keluarga. Contohnya, cerita kelakar pasti mampu buat semua orang gelak dan gembira. One happy family at home!

Memasak

eratkan hubungan kekeluargaan

Bagi golongan wanita pula, mereka sinonim dengan sentiasa memasak untuk keluarga. Inilah masanya golongan suami pula berbakti untuk keluarga dengan menawarkan diri untuk memasak pada hujung minggu atau hari-hari istimewa seperti hari lahir, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.

Ajak anak-anak masak bersama supaya daddy dapat rapatkan bonding bersama anak. Mereka pasti teruja dapat “sepahkan” dapur tanpa kena marah. Hehe.

“Cleaning day”

eratkan hubungan kekeluargaan

Disebabkan sekarang pelajar sekolah belajar secara online di rumah, cari satu hari untuk anda lakukan aktiviti keluarga seperti cleaning day atau hari mengemas rumah bersama anak-anak anda.

Contoh aktiviti mengemas rumah seperti menyapu sampah, mengemop lantai, mengelap cermin, mencuci tingkap dan sebagainya. Bukan sahaja rumah bersih, anda juga dapat meluangkan masa bersama anak-anak sepanjang hari. Mommy boleh jugak anak cara-cara menjaga kebersihan diri

Selain tu, mommy daddy boleh buat beberapa aktiviti belajar sambil bermain bersama anak-anak di rumah. Tak perlu keluar rumah untuk luangkan masa dengan mereka kerana zaman sekarang banyak penyakit serta virus berbahaya banyak menjangkiti kanak-kanak seperti Covid19, Influenza, RSV dan sebagainya.

Cabaran kecergasan

eratkan hubungan kekeluargaan

Sambil bersenam sambil jaga kesihatan. Bagi yang meminati aktiviti kecergasan, ajak semua ahli keluarga anda untuk join cabaran kecergasan keluarga. Antara contoh aktiviti cabaran kecergasan anda boleh lakukan adalah cabaran hilang berat badan paling banyak, cabaran eat clean dan sebagainya. Pupuk anak makan makanan sihat sejak dari kecil supaya mereka dapat membesar dengan sihat selain dapat tingkatkan imunisasi badan.

Anda boleh buat cabaran kecergasan selama satu minggu, satu bulan atau tiga bulan, tetapi jangan lupa beri ganjaran yang menarik kepada pemenang nanti. Barulah fun!

Main “board games”

eratkan hubungan kekeluargaan

Permainan board games atau permainan papan amat popular semasa kita masih kecil. Sebenarnya, anda boleh menikmati permainan ini walaupun usia semakin meningkat. Jangan tak tahu, board games adalah aktiviti keluarga paling digemari ramai kerana boleh bermain permainan dalam jumlah ramai.

Ada pelbagai jenis board games anda boleh main di rumah semasa zaman Covid19 ini seperti Monopoly, Scrabble, Snakes and Ladders, Chess, Jenga dan banyak lagi. Banyak lagi board games terbaru yang menarik anda boleh cuba. Lagi meriah jika mommy daddy ada mainan tradisional seperti congkak dan batu seremban, boleh tengok siapa lagi handal main permainan tradisional! Malah, mommy boleh perkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak. Mereka pasti teruja.

Selain tu, anda boleh cuba reka satu permainan baru untuk dilakukan bersama semua ahli keluarga. Main police and thief pun best jugak!

Haa, mommy boleh beli mainan bawah harga RM5 untuk si manja di rumah. Murah dan menyeronokkan untuk anak-anak. Mommy boleh jimat dan dalam masa yang sama anak juga gembira dapat mainan baru. Hehe.

Nak tahu banyak kisah menarik mengenai anak-anak? Mommy daddy boleh klik sini.

Author

Comments are closed.