fbpx
Banner

Selain bermain, mesti mommy tertanya-tanya apa aktiviti yang boleh bantu mommy belajar sambil bermain bersama si manja di rumah.

aktiviti

Kadang-kadang kita sebagai parents pun buntu nak cari idea untuk belajar sambil bermain dengan anak. Sebelum anak melangkah kaki ke alam persekolahan, mereka banyak menghabiskan masa di rumah.

Menurut Pengasas Dr Nurhaya Lactation Centre, Dr Nurhaya Yacob, di Harian Metro, ibu bapa dapat mengetahui kecenderungan anak-anak dan mudah untuk menetapkan teknik pendidikan kepada anak semasa melakukan aktiviti.

“Sebenarnya sejak dahulu datuk nenek kita sudah menciptakan permainan yang memberikan pelbagai faedah. Ia bukan sekadar bermain kotor seperti main pondok-pondok, memasak dan berperang sebaliknya ia mendedahkan anak-anak kepada pelbagai kemahiran seperti bersosial, berkomunikasi dan menunjukkan ekspresi,” ujarnya.

Anak pada masa sekarang berbeza dengan anak zaman lalu. Mereka tidak belajar menerusi buku sebaliknya melalui pelbagai sensori seperti merasa, menghidu dan melihat.

Dr Nurhaya

Belajar mewarna sambil bermain

aktiviti

Kanak-kanak biasanya gemar mewarna kerana teruja melihat warna yang terhasil di atas kertas. Ia membuatkan mereka leka seketika dan dapat belajar jenis-jenis warna selain belajar memegang pensel warna atau krayon.

Malah, inilah masanya untuk mengasah bakat anak mommy jika mereka berbakat melukis dan dapat kenalpasti mereka seorang yang kreatif.

Jika mommy risau anak suka masukkan pensel warna dalam mulut, mommy boleh beli pensel warna non-toxic atau krayon non-toxic yang lebih selamat untuk mereka. 

Bermain Tanah Liat sambil berfikir

aktiviti

Mainan tanah liat seperti Play-Doh membantu si manja lebih kreatif dan berfikir sambil bermain. Mereka boleh cipta apa sahaja bentuk yang mereka mahu menggunakan mainan tanah liat.

Bukan itu saja, mainan tanah liat membantu mereka menggunakan motor halus dan kasar selain memberi sensori mengikut tekstur berbeza yang boleh dibuat menggunakan tanah liat.

Selain itu, aktiviti ini juga beri kebebasan kepada si manja untuk berfikir dan membuat pilihan kerana tiada limitasi untuk mereka bermain. Walau bagaimanapun, mommy kena awasi anak bermain kerana ada beberapa barang di rumah berbahaya kepada anak.

PPKI Worksheet Belajar Bunyi Abjad 

aktiviti

Jika si manja anda sudah pandai bercakap dan sedang belajar abjad, inilah aktiviti yang sesuai untuk mereka! PPKI Worksheet Belajar Bunyi Abjad boleh melatih anak mengenal bunyi abjad dengan pensel ataupun pensel warna. Menarik bukan?

Worksheet ini didatangkan dengan 3 muka surat dan menggunakan format (.jpg). Aktiviti ini sesuai untuk anak pra-sekolah berusia 3 hingga 6 tahun. 

Bagaimana cara untuk beli worksheet ini? Anda boleh beli di sini, dan kami akan hantar melalui emel dalam masa 24 jam selepas anda beli di laman web kami.

PPKI Worksheet Belajar Menulis Abjad 

aktiviti

Worksheet ini didatangkan dengan 26 muka surat dan menggunakan format (.jpg). Aktiviti ini sesuai untuk anak pra-sekolah berusia 3 hingga 6 tahun. 

Sama seperti PPKI Worksheet Belajar Bunyi Abjad, anda boleh beli worksheet ini di sini, dan kami akan hantar melalui emel.

Kenapa anda PERLU beli PPKI Worksheet?

aktiviti

Worksheet ini menggunakan bahasa Malaysia dan juga amat dekat dengan budaya negara kita. Contohnya, kami menggunakan gambar Wau dalam worksheet ini. Malah, ia membantu si manja meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Malaysia. Bagusnya! 

Tambah Dr Nurhaya, gerakan motor halus memegang span ketika membasuh sayuran membantu si kecil memegang pensil dan peralatan menulis kelak. Ia juga membantu anak dalam memegang sudu dan garpu serta makan menggunakan tangan. Walaupun ia bersepah dan kotor namun ini konsep yang diperkenalkan iaitu belajar melalui bermain.

“Menerusi kaedah main kotor dan bersepah ini, mereka banyak memerhati, membina, mengembara, berimaginasi, menemukan hal-hal baru, mengolah dan malah bergembira,” tambahnya.

Anak suka minta belikan mainan baru? Sebenarnya, mainan murah seperti bawah RM5 jugak sama bagus seperti mainan mahal asalkan kita pandai pilih yang mana sesuai untuk anak kita.

Mahu pelbagai info mengenai kanak-kanak? Mommy boleh klik sini untuk ketahui macam-macam info.

Author

Comments are closed.