fbpx
Banner

Selepas baca artikel ini, ibu menyusu anak akan lebih faham cara tambah supply susu dalam bulan Ramadan:

  • Jenis makanan yang tepat untuk dimakan semasa sahur.
  • Minum minuman sesuai untuk tambah susu sepanjang Ramadan.
  • Makan makanan sihat semasa bersahur membantu kurang rasa lapar.

Puasa bermaksud menahan rasa lapar dan dahaga. Selain itu, ia juga mengajar kita bersabar dengan segala dugaan yang berlaku dalam bulan Ramadan. Sebagai ibu menyusu, kita sudah terbiasa makan selepas menyusu anak kerana berasa lapar.

menyusu anak

Untuk pengetahuan anda, ibu menyusu anak sebenarnya membakar kalori lebih cepat dari biasa dan mereka harus makan banyak kali untuk menampung demand susu anak. Kami ada beberapa tips untuk ibu menyusu kurangkan rasa lapar sebelum berbuka:

  • Lewatkan bersahur
  • Makan makanan sihat (tinggi protein)
  • Minum air secukupnya

1. Lewatkan bersahur

menyusu anak

Sahur penting untuk ibu menyusu kerana ia adalah satu-satunya masa untuk mommy menambah tenaga melalui makanan dan minuman yang mencukupi. Jangan tak bangun sahur ya kerana ia amat penting untuk mommy hasilkan susu di waktu siang semasa berpuasa.

Seeloknya mommy lewatkan bersahur supaya perut kenyang lebih lama dan makan dalam kadar yang banyak atau mengikut kesesuaian mommy. Jangan lupa minum air okay! Ada banyak kebaikan dalam bersahur dan pada masa yang sama mommy dapat mengikut sunnah dengan bersahur setiap hari dalam bulan Ramadan.

2. Makan makanan sihat (tinggi protein)

menyusu anak

Bagi breastfeed mommies, anda mesti dah tahu jenis makanan yang diperlukan untuk menghasilkan susu mengikut keperluan si manja. Kami cadangkan mommy makan makanan sihat dan tinggi protein supaya badan tak mudah berasa letih dan perut lambat berasa lapar kerana makanan jenis ini membuatkan mommy kenyang lebih lama.

Antara contoh makanan tinggi protein adalah ikan, telur, badam, tempe, tauhu, ayam bahagian dada, keju, yogurt dan banyak lagi menurut Hello Sehat. Makan protein dalam kadar portion lebih besar berbanding hari biasa untuk memastikan mommy mempunyai tenaga secukupnya walaupun banyak kali menyusukan anak.

3. Minum air secukupnya

menyusu anak

Kandungan air dalam badan haruslah berada pada tahap yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Ibu menyusu sedia maklum bahawa anda harus minum air lebih kerana badan perlu menghasilkan susu mengikut demand anak. Jika kurang minum air, anda akan dehidrasi dan seterusnya mengganggu penghasilan susu.

Selain itu, mommy boleh rancang jadual minum air selepas berbuka puasa sehingga waktu sahur keesokan hari bagi memastikan badan sentiasa hidrasi sepanjang masa. Cuba minum air sedikit demi sedikit untuk mengelakkan badan mommy kehilangan air dengan banyak jika minum air terlalu banyak dalam satu masa.

menyusu anak

Semoga ibu-ibu menyusu di luar sana masih diberi kekuatan untuk menyusu anak di samping dapat berpuasa penuh sebulan di bulan Ramadan yang mulia ini. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jangan mengalah dan teruskan perjuangan mommy dalam memberi yang terbaik buat si manja. Fighting, mommies!

Suka artikel ini? Baca Wah! 5 Jenis Makanan Ini Boleh Jadi Milk Booster Mommy Sepanjang Ramadan dan 3 Tips Kekal Bertenaga Walaupun Menyusu Anak Semasa Puasa.

Author

Comments are closed.