fbpx
Banner

Ramai wanita berada dalam dilema untuk memilih pantang bersalin tradisional atau moden apabila melahirkan bayi nanti. Bersalin dan berpantang merupakan satu topik yang penting dan saling berkaitan untuk bakal ibu.

Kita sering dengar bahawa pantang bersalin secara tradisional agak “tegas” berbanding moden, namun masih ramai yang memilih untuk mengikuti pantang tersebut kerana percaya ia lebih baik untuk tubuh badan.

pantang bersalin tradisional

Tetapi, ramai doktor kini banyak membuat “awareness” mengenai cara berpantang dengan betul dan berbeza dengan pantang secara tradisional yang kita sering dengar dan lihat dari zaman dulu hingga sekarang.

Dalam banyak-banyak jenis pantang, penulis berpendapat bahawa ada beberapa jenis pantang bersalin tradisional sebenarnya bagus untuk tubuh badan ibu kembali sihat seperti biasa.

Pantang makan

pantang makan

Tahukah ibu, pantang makan bermaksud ibu boleh makan makanan sihat mengikut sukatan yang betul?

Berpantang makan penting untuk membekalkan nutrien-nutrien ke dalam badan ibu supaya luka bersalin cepat sembuh di samping dapat menyusukan bayi dengan baik. Bayi memerlukan nutrien yang dibekalkan oleh ibu melalui susu.

Pantang makan pada zaman dulu menekankan beberapa jenis ikan dan sayuran yang dikatakan “sejuk” serta boleh menyebabkan kesihatan ibu terganggu seperti bentan.

Senang cerita, makanlah ikan dan sayuran ibu biasa makan seperti sebelum bersalin jika tiada alahan. Jangan lupa minum air lebih ya.

Pakai stokin

Ramai tidak tahu fungsi pakai stokin ini sebenarnya amat penting bagi ibu lepas bersalin. Stokin bukan saja mengelakkan kaki daripada kesejukan, malah ia dapat mengurangkan bengkak kaki jika anda memakai stokin jenis ketat.

Untuk pengetahuan anda, pantang dulu-dulu lebih menekankan pemakaian stokin untuk membantu memanaskan badan selain mengelakkan kaki daripada “masuk angin”.

Urutan badan

urutan bersalin

Setelah sembilan bulan mengandung, ibu pasti rasa lega akhirnya dapat buat urutan seluruh badan, kan?

Bayangkan selama beberapa bulan itu kita tidur dalam keadaan tidak selesa, sakit pinggang, sakit pinggul, sakit kaki demi menggalas nyawa “little bundle of joy” yang bakal lahir.

Selain itu, urutan badan juga boleh dikira sebagai “me-time” untuk new moms sebab sudah berjaga siang malam menjaga serta menyusu si kecil. Masa ni la kita dapat berehat tanpa gangguan anak.

Kesimpulannya, pantang bersalin secara tradisional ada juga kebaikannya. Mungkin ada sesetengah pantang dikira agak tidak masuk akal, tetapi ada juga yang boleh “pakai”.

Author

Comments are closed.