fbpx
Banner

Bila dah nak dekat raya, kuih raya senang buat bila guna air fryer sebab menjimatkan masa.

Lagi dua minggu kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, mesti mommies dah sibuk dengan persiapan raya, kan? Ada yang mencari baju raya, kelengkapan rumah seperti langsir, kuih raya dan sebagainya. Tapi, masalah muncul bila kuih raya dibeli tak sama rasa dengan buat sendiri.

Nak buat kuih raya sendiri tapi semua resepi kena guna oven. Dah tiba masanya untuk mommy guna air fryer yang ada di dapur tu untuk buat kuih raya. Ada banyak resepi kuih raya guna air fryer tau.

Cornflakes madu

Kuih raya senang dibuat, Cornflakes Madu, merupakan kegemaran ramai termasuklah kanak-kanak. Rasanya yang manis dan rangup membuatkan ramai tak sabar menikmatinya semasa pagi raya nanti. Selain makan kuih raya di pagi raya, jangan lupa beri duit raya tau. Ini penjelasan hukum beri duit raya semasa Hari Raya nanti. Perkongsian resepi daripada Noraniza Azmei, memasak kuih raya ini hanya dengan menggunakan air fryer saja menunjukkan resepi ini amat mudah untuk dibuat. Jom cuba!

Bahan-bahan

250 gram butter

5 hingga 6 sudu besar madu

1/2 tin susu pekat

Cornflakes kotak saiz besar

kuih raya senang buat

Cara masak

Masak butter di atas kuali.

Masukkan susu pekat.

Kemudian, masukkan cornflakes dan kacau hingga sebati.

Masukkan madu dan kacau hingga semua cornflakes diselaputi madu.

Letak cornflakes ke dalam bekas kertas kecil seperti cupcake.

Masukkan cornflakes ke dalam air fryer.

Set suhu air fryer kepada 160 Celsius.

Bakar selama 5 hingga 8 minit. Selamat mencuba!

Biskut Florentine

kuih raya senang buat

Biskut Florentine menambat hati orang ramai terutama peminat kacang kerana rasanya yang manis berlemak dan rangup. Malah, sedap dimakan sambil borak bersama ahli keluarga semasa pagi Syawal. Rasanya yang unik buatkan golongan wanita cuba untuk bakar biskut ini sendiri sejak Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu. Selain tu, pagi raya nanti kanak-kanak bakal terima duit raya daripada ahli keluarga yang dewasa. Berdosa ke jika anak terima duit raya daripada orang main judi?

Norshahadah FA, berkongsi resepi ini di aplikasi Facebook. Bahan-bahan boleh dibeli di kedai bakeri dan nampaknya cara masak pun mudah dan cepat. Jom kita buat!

Bahan-bahan

250 gram tepung florentine

150 gram badam

100 gram kuaci putih

100 gram kuaci labu

2 sudu besar bijan hitam

kuih raya senang buat

Cara masak

Bakar badam, kuaci putih dan labu dalam air fryer selama 3 minit pada suhu 160 celsius.

Campurkan kesemua kacang dengan tepung khas Florentine termasuk bijan hitam sekali.

Gaul hingga semua kacang sebati.

Masukkan adunan ke dalam cupcake. Pastikan masuk sedikit dan nipis saja.

Set suhu air fryer kepada 160 Celsius.

Bakar selama 10 minit. Siap!

Kerepek gunting

kuih raya senang buat

Tak sangka rupanya senang sangat buat kerepek gunting menggunakan air fryer. Bukan kuih raya moden saja boleh dimasak menggunakan air fryer, rupanya kerepek pun boleh jugak. Ai Haiza Abdul Jabar, berkongsi resepi mudah buat kerepek gunting di aplikasi Facebook.

Bahan-bahan

1 peket tepung cucur adabi udang

3 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar minyak masak

Air dari peti ais secukupnya

Daun kari

kuih raya senang buat

Cara masak

Campurkan semua bahan kecuali daun kari.

Campur air sehingga tepung boleh diuli.

Pastikan air dari peti ais yang betul-betul sejuk.

Gaul hingga menjadi doh pekat.

Gunting doh mengikut bentuk kesukaan anda.

Letak dalam air fryer. Taburkan sedikit daun kari.

Bakar selama 10 minit pada suhu 160 celsius.

Goncang bekas air fryer dan bakar lagi 10 minit sehingga semua bahagian masak dengan rata.

Siap untuk dihidang pagi raya nanti!

Suka artikel berkenaan perayaan Hari Raya? Klik sini untuk baca artikel-artikel menarik.

Author

Comments are closed.