fbpx
Banner

Mommy boleh jimat separuh masa di dapur kalau cuba resepi makanan sahur ini.

Tak sabar rasanya nak menjemput kedatangan Ramadan pada tahun ini. Dah boleh bayangkan kemeriahan berpuasa, surau dan masjid dipenuhi umat Islam menunaikan solat terawih, bazar Ramadan dan banyak lagi.

makanan sahur
whyislam.org

Bagi seorang mommy, persiapan makanan perlu dilakukan dengan cepat untuk mengejar waktu berbuka puasa dan bersahur. Kadangkala tak sempat makan sangat bila ‘terlajak’ tidur masa waktu sahur. Oleh itu, mommy perlukan lauk makanan yang cepat dan mudah disediakan untuk seisi keluarga.

Boleh sediakan bahan-bahan masak malam sebelum masuk tidur. Bila semua bahan dah siap potong, basuh dan asingkan ikut portion yang nak dimasak, ha lagi senang kerja mommy!

Sup ayam

makanan sahur
cpcdn.com

Sup ayam merupakan satu jenis makanan yang penuh dengan nutrisi. Selain dewasa, kanak-kanak juga menggemari makanan bersup ini. Masa untuk masak pun sekejap saja, tak sampai 30 minit. Ayam boleh dinyahbeku malam sebelum tidur, dan hanya perlu masukkan bawang, rempah sup, kentang, lobak merah, sayur pilihan anda dan ayam. Mudah kan?

Selain tu, mommy boleh cuba resepi Sup Ayam daripada businessman dan juga seorang yang suka masak, Khairul Aming, di akaun Facebook Rasapop. Masakannya sentiasa buat orang ramai terliur dan resepinya mudah untuk diikuti. Apa yang penting, ianya sedap!

Paling penting, anak-anak berselera makan kerana mereka memerlukan nutrisi yang cukup untuk berpuasa. Nanti ada la cari alasan tak larat puasa sebab lapar. Hehe.

Kurma ayam

makanan sahur
resepichenom.com

Dah bosan makan makanan bersup? Haa mommy boleh la masak lauk kurma ayam pulak. Letak lobak merah dan kentang banyak-banyak, anak mesti berselera makan. Siap tambah nasi nanti. Rempah kurma tak terlalu pedas seperti rempah kari, jadi ia boleh dimakan seisi keluarga. Jika anak mommy alergik santan, boleh cuba alternatif lain seperti susu penuh krim atau yogurt. Sebenarnya, lauk kurma ayam sangat digemari oleh kanak-kanak tau. Mungkin kerana rasanya sedap, tak pedas dan berlemak.

Menu ni sesuai untuk mommy yang sedang ganti puasa. Menu ekspres dan mengenyangkan memudahkan kerja mommy masak makanan sahur.

Ikan masak kicap

makanan sahur
Dapur Biru Youtube

Selalu makan ayam je kan, apa kata mommy masak lauk ikan pulak. Paling senang, ikan masak kicap untuk makan sahur. Goreng ikan dengan kunyit dan sedikit garam, goreng ubi kentang dan ketepikan. Tumis bawang dan letak kicap manis, sos tiram serta air. Kemudian, letak ikan dan ubi kentang yang digoreng awal tadi. Dah siap makanan sahur mommy dan keluarga.

Ada kanak-kanak kurang gemar ikan, mommy boleh tukar ayam. Menu ini boleh diolah mengikut cita rasa mommy. Anak cukup nutrisi akan sentiasa bertenaga semasa berpuasa di siang hari. Untuk mommy menyusu anak, ini tips kekal bertenaga semasa puasa. Selain tu, mommy jangan lupa minum air kosong banyak untuk elak dehidrasi semasa berpuasa.

makanan sahur
britishcouncil.org

Ketiga-tiga menu makanan sahur di atas diharap dapat bantu mommy jimat masa dan tenaga untuk makan sahur dan tak perlu masak lauk asing untuk anak-anak makan. Tak perlu bangun awal sangat untuk sediakan lauk dan mommy pun tak terlalu penat dengan persiapan makanan selama sebulan berpuasa.

Bukan mudah untuk konsisten masak setiap hari selama sebulan untuk keluarga. Ada hari rasa nak rehat tapi sanggup ketepikan perasaan tu demi tanggungjawab kepada ahli keluarga. Terima kasih mommies atas usaha dan segala pengorbanan dilakukan untuk keluarga. Kami nampak dan hargai usaha dan pengorbanan mommies. We love you!

Nak baca artikel mengenai kehidupan? Mommy klik sini untuk baca.

Author

Comments are closed.